Welcome!

Contoh Karangan UPSR: AKU SEBUAH TELEVISYEN, by SHARVIN RAJ AL CHANDRAN
Contoh Karangan UPSR
Name:Perak SHARVIN RAJ AL CHANDRAN
Title:AKU SEBUAH TELEVISYEN
2014-09-14 17:44
ku sebuah televisyen. Aku dilahirkan di Shah Alam, Malaysia. Nama aku ialah Panasonic, jenama yang terkenal di negara aku. Setelah siap tubuh badanku dibuat, aku dimasukkan ke dalam sebuah kotak yang besar kerana aku berukuran 80 sentimeter. Selepas itu, aku dan rakan-rakan dieksport ke pelbagai negara di seluruh dunia dengan menaiki kapal terbang. Aku dihantar ke sebuah pulau yang bernama Singapura.  
 
Setibanya aku di Singapura, aku dapati negara ini mempunyai cuaca yang sama dengan tempat asalku. Aku berasa bertuah kerana dihantar ke sebuah negara yang sememangnya aman, bersih dan harmoni. Aku dihantar ke sebuah kedai barangan elektrik yang berhawa dingin. Situasi ini perlu untuk diriku demi menjaga tubuh badanku yang tidak tahan akan sinaran panas terik matahari.  
 
Rupa aku memang berlainan dengan televisyen yang lain. Aku merupakan modal televisyen yang baharu dan berbentuk LCD. Sewaktu dipamerkan, diriku menjadi perhatian ramai terutama mereka yang suka akan modal baru televisyen. Hargaku sedikit mahal berbanding dengan televisyen lain kerana keistimewaan aku. Aku berharga RM1000.00.  
 
Pada suatu hari, aku telah dibeli oleh seorang lelaki yang bekerja sebagai pengurus syarikat. Aku dibawa balik ke rumah dan dipasang. Aku berasa beruntung kerana tuanku sangat menyayangi diriku. Kehidupan baharu amat menggembirakan. Setiap malam, tuanku dan keluarganya menggunakan aku untuk menonton rancangan televisyen. Tuan aku menjaga aku dengan baik.  
 
Sekelip mata aku telah berkhidmat kepada tuan selama 5 tahun! Aku berasa begitu gembira kerana masih lagi digunakan oleh tuanku. Walaupun tuanku sudah berpindah ke tempat lain, namun beliau tetap membawa aku ke tempat yang baharu. Aku amat berharap agar aku dapat menyumbangkan jasa baktiku hingga aku tidak boleh digunakan lagi.
 

Submit a comment:

Name