Welcome!

Contoh Karangan UPSR: usaha-usaha menghargai warga tua, by SHARVIN RAJ AL CHANDRAN
Contoh Karangan UPSR
Name:Johor SHARVIN RAJ AL CHANDRAN
Title:usaha-usaha menghargai warga tua
2014-09-14 17:36
 
CONTOH KARANGANUsaha-usaha Menghargai Warga TuaWarga tua merupakan golongan yang paling berjasa kepada negara. Mereka telahmelalui pelbagai rintangan dan dugaan untuk membesarkan anak-anak.. Namun, padahari ini warga tua sering diabaikan dan jasa mereka dilupakan oleh masyarakat..Keluarga perlu menyayangi warga tua. Warga tua yang terdiri daripada ibumelahirkan kita dan bapa pula mencari rezeki untuk membesarkan kita. Pengorbananmereka perlu dibalas dengan sebaik-baiknya. Sebagai anak kita perlu menjaga ibu bapakita ketika mereka tua dan tidak menghantar mereka ke rumah orang-orang tua.Di sekolah,guru boleh menasihatkan pelajar agar menghormati warga tua. Wargatua yang terdiri daripada ibu bapa kita perlu disayangi dan dihormati. Anak-anak perlu bertutur dengan sopan apabila berhubung dengan ibu bapa mereka kerana syurga teletak di telapak kaki ibu.Kerajaan juga perlu menghargai warga tua. Kerajaan boleh menyediakan pelbagai kemudahan untuk warga tua. Sebagai contoh, warga tua akan mendapat rawatan percuma di hospital kerajaan ataupun kadar bayaran rendah di hospital atau klinik swasta.Media massa seperti surat khabar dan televisyen boleh menyiarkan cerita-cerita berkaitan penderitaan hidup warga tua. Hal ini menyedarkan kita tentang pentingnyawarga tua dalam hidup kita. Oleh itu, kita tidak boleh mengabaikan warga tua.Pihak swasta perlu membantu warga tua. Mereka boleh mengutip derma untuk mengurangkan beban warga tua manakala kunjungan ke rumah orang-orang tua dapatmengeratkan hubungan .Warga tua akan berasa diri mereka dihargai dan disayangi.Kesimpulannya, pelbagai pihak perlu berusaha untuk menghargai jasa dan pengorbanan warga tua. Kita tidak boleh mengabaikan warga tua kerana merekalah yangmelahirkan kita dan membesarkan kita.
 

Submit a comment:

Name