Welcome!

Contoh Karangan UPSR: belakang parang jika diasah lagikan tajam, by busyra batrisyia syahran
Contoh Karangan UPSR
Name:Sabah busyra batrisyia syahran
Title:belakang parang jika diasah lagikan tajam
2014-09-12 21:00
        Keputusan ujian setara baru - baru ini benar - benar menyedarkan aku tentang sikapku yang malas dan memandang remeh akan pelajaran.  
 
        Ibu bapaku tidak memarahi aku tetapi jelas terpancar rasa kecewa di wajah mereka. Aku berasa malu kepada kawan - kawanku yang mendapat keputusan yang cemerlang.  
 
        Ayah menasihati aku supaya gigih berusaha dan katanya bahawa "belakang parang jika diasah lagikan tajam,"Aku mula berusaha dengan gigih dan tekun belajar untuk mendapatkan keputusan yang memuaskan dalam peperiksaan UPSR yang akan dihadapi pada bulan September akan datang.  
 
     Aku mula mengasingkan diri daripada bergaul dengan rakan - rakan yang membawa aku kepada perkara yang mensia - siakan waktu dan mula menjalinkan persahabatan dengan rakan - rakan yang sering melakukan perkara yang mendatangkan faedah.  
 
    Ibu bapaku mendorong aku dan membakar semangatku agar terus berjuang demi kejayaan yang ingin dikecapi.Aku memanfaatkan apa yang diberikan oleh ibu bapaku seperti komputer dan telefon pintar untuk mendapatkan maklumat serta bahan rujukan.  
 
    Berkat usahaku, keputusan ujian percubaan UPSR lepas telah menunjukkan perubahan yang ketara. Ibu bapa dan guru - guru serta rakan - rakanku mengucapkan tahniah. Itulah 'belakang parang jika diasah lagikan tajam.'
 

Roshinnyii, (2018-08-13 21:32)
Gooad
 
Roghi, (2018-08-13 21:31)
Good
 
mishal, (2018-08-13 18:30)
bagusnya
 
Iman , (2018-07-15 17:37)
Sangat bagus.
 
tarisinii, (2018-05-31 19:57)
THANKYOU ATAU TERIMA KASIH
 
tarisinii, (2018-05-31 19:56)
awak ni sangat pandai lah batrisya saya pun adalah seorang pelajar tahun 6 harap harap awak dapat A dalam UPSR,bye.
 
Submit a comment:

Name