Welcome!

Contoh Karangan UPSR: aku sebatang pensil, by busyra batrisyia syahran
Contoh Karangan UPSR
Name:Sabah busyra batrisyia syahran
Title:aku sebatang pensil
2014-09-12 19:23
        Aku sebatang pensil. Namaku steadler. Aku berasal daripada Jepun atau negara 'matahari terbit'. Aku diimport ke Malaysia dan ditempatkan di sebuah gudang yang besar bersama - sama rakan - rakanku yang lain.  
 
     Pada suatu hari, seorang pemilik sebuah kedai buku membeli aku dan rakan - rakanku dan membawa kami semua ke kedainya untuk dijual.  
 
     Sekian lama aku di sana, seorang pemuda mengambil aku lalu membelek - belek badanku. Setelah berpuas hati dengan keadaan dan kualiti diriku, dia pun bersetuju untuk membeliku.  
 
     Sesampainya di rumah pemuda tersebut, pemuda itu memberikan aku kepada anaknya. Kini aku mempunyai tuan baru. Tuan aku sering membawa aku ke sekolah. Dia sangat menyayangi aku dan selalu menggunakan aku untuk membuat kerja sekolah atau membuat catatan yang diberikan oleh gurunya.  
 
    Semakin hari, semakin pendek tubuhku akibat sering diasah apabila mataku menjadi tumpul. Sekiranya aku tidak digunakan, aku disimpan dengan baik di dalam tempat menyimpan alat tulisnya.  
 
    Pada suatu hari, tuan aku membeli pensil yang baru kerana tubuhku yang semakin pendek. Namun begitu dia menghargai aku dengan menyimpan aku dengan baik sekali. Aku berasa bangga kerana dapat berbakti kepada tuan aku.
 

, (2014-11-08 13:18)
ad  

 
, (2014-11-08 13:18)
very good  

 
Submit a comment:

Name