Welcome!

Contoh Karangan UPSR: pasukan boka sepak di sekolah telah jadi juara peringkat daerah., by Muhamad Adam
Contoh Karangan UPSR
Name:Kedah Muhamad Adam
Title:pasukan boka sepak di sekolah telah jadi juara peringkat daerah.
2014-09-10 00:57
        Yang berusaha Guru Besar, Encik Alwan bin Ginen, guru-guru, dan rakan sekalian. Terlebih dahulu saya ucapkan jutaan terima kasih kerana memberi saya peluang untuk menyampaikan ucapan sempena kejayaan pasukan bola sepak sekolah ini.  
         Saya, sebagai ketua pasukan bola sepak sekolah ini, saya mengambil peluang untuk mengucapkan terima kasih kepada jutulatih bola sepak sekolah ini, iaitu Cikgu Razif. Tidak ketinggalan juga kepada rakan sepasukan yang telah berusaha dan berlatih sehingga berjaya mencapai kejayaan ini.  
            Hadirin yang dihormati  
            Kejayaan pasukan bola sepak ini disebabkan oleh semangat pasukan yang tidak pernah kendur untuk berusaha agar berjaya. Semangat berpasukan yang ditunjukkan ini amat dihargai.  
            Kejuaraan ini akan menjadi kenangan manis kepada kami, sebagai pemain bola sepak sekolah. Diharapkan kejayaan ini menjadi pembakar semangat kepada wakil sekolah yang lain agar mencipta kejayaan, sekali gus mengharumkan nama sekolah.  
            Hadirin yang dihormati,  
            Saya berharap agar pasukan bola sepak sekolah ini akan terus mara pada kejohanan peringkat negeri kelak. Selain itu, doakan kami agar lebih berjaya. Nasihat saya kepada rakan sepasukan, berlatihlah dengan bersungguh-sungguh.  
             Sebelum saya mengundur diri, saya ingin berpesan kepada rakan-rakan agar meningkatkan usaha untuk mencapai kejayaan dan jabgan berputus asa.  
             Sekian, terima kasih.
 

Rokiah binti Rasul, (2014-09-10 01:00)
Good tapi kenape ejaan dari akhir ayat kamu ada salah sedikit jangan ke jabgan??
 
Submit a comment:

Name