Welcome!

Contoh Karangan UPSR: udara yang bersih dan segar, by Mmoo Mmoo
Contoh Karangan UPSR
Name:Selangor Mmoo Mmoo
Title:udara yang bersih dan segar
2014-09-09 23:37
                Udara yang bersih dan segar amat penting. Hal ini demikian kerana tumbuh-tumbuhan, haiwan,dan manusia amat memerlukan udara yang bersih untuk bernafas. Udara yang tercemar boleh menyebabkan kesihatan terganggu.  
                Salah satu pencemaran udara ialah jerebu. Jerebu berpunca daripada asap, habuk,dan kotoran yang terampai di udara. Asap, habuk, dan kotoran yang terampai ini dibebaskan oleh kenderaan bermotor, aktiviti perindustarian, dan aktiviti pembinaan.  
                Gas karbon monoksida turut mencemarkan udara. Hal ini demikian kerana gas ini amat berbahaya dan boleh membawa maut jika dihidu dalam jangka masa yang lama. Gas karbon monoksida biasanya dibebaskan oleh kenderaan bermotor, bahan api, pembakaran yang tidak sempurna, serta asap rokok.  
                 Malangnya, segelintir masyarakat tidak menganggap pencemaran udara, berbau busuk atau jerebu sebagai perkara yang serius. Hal ini menyebabkan mereka tidak mengendahkan punca atau sumber pencemaran tersebut. Sebagai akibatnya, masalah pencemaran sukar diatasi.  
                     Oleh hal yang demikian, masyarakat seharusnya disedarkan akan hal ini. Semua pihak, terutamanya kerajaan, perlulah mencari jalan untuk menyedarkan masyarakat tentang kepentingan menjaga kebersihan dan kesegaran udara di persekitaran kita.
 

Submit a comment:

Name