Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Berkhemah di gunung Ledang, by muhammad aiman bin hasri
Contoh Karangan UPSR
Name:Johor muhammad aiman bin hasri
Title:Berkhemah di gunung Ledang
2014-09-09 01:42
Pada hari Sabtu yang lalu,ayah dan pak su mengajak aku dan abang berkhemah di Gunung Ledang.Kami berasa sangat teruja dan tidak sabar untuk berkhemah.                                                              
Pada keesokan harinya,kami bertolak dan tiba di kaki gunung tepat jam 8.00 pagi.Perjalanan ke puncak gunung sungguh meletihkan.Namun begitu,keletihan kami terubat dengan pemandagan yang indah.  
Kami tiba di tapak perkhemahan kira kira jam 3.00 petang.Ayah mengajar kami cara cara memasang khemah dan memagar kawasan perkhemahan daripada binatang buas.  
Selepas itu,pak su mengajak kami memancing ikan di sungai yang berdekatan.Selepas memancing,aku dan abang mencari ranting kayu untuk di buat kayu api.  
Kemudian,kami bermandi mandadi sungai.Air sungai sungguh jernih dan sejuk.Selesai mandi,kami membakar ikan dan menikmati makan malam.  
Pada pagi berikutnya,kami berkemas dan turun ke kaki gunung dengan perasaan gembira.Inilah pengalaman berharga yang tidak akan aku lupakan seumur hidupku.  

 

Submit a comment:

Name