Welcome!

Contoh Karangan UPSR: CARA-CARA MEMBALAS JASA GURU, by ÓÀÔ¶¿ìÀÖ
Contoh Karangan UPSR
Name:Sarawak ÓÀÔ¶¿ìÀÖ
Title:CARA-CARA MEMBALAS JASA GURU
2014-09-08 23:23
         Kita perlu menjadi seorang yang tahu membalas jasa.Di rumah,kita perlu membalas jasa ibu bapa.Di sekolah pula,kita perlu membalas jasa guru kita.  
         Untuk membalas jasa guru,kita perlu rajin belajar.Sebagai contoh,semasa di dalam kelas,kita mestilah memberikan tumpuan ketika guru mengajar kita.Kesannya,kita akan mendapat keputusan yang cemerlang dan guru kita akan berasa gembira.  
         Kita juga perlu mengamalkan segala nasihat guru.Sebagai contoh,guru mahu kita bersikap bersopan-santun.Oleh itu,apabila kita bertemu denngan guru,kita perlu menunjukkan sikap lemah-lembut.  
         Seterusnya,kita tahu menghargai jasa guru.Sebagai contoh,kita mengucapkan terima kasih atau menbeli hadiah ketika Hari Guru.Kesannya,guru akan berasa murid-muridnya tahu mengenang budi.Mereka pun akan berasa gembira.  
         Selanjutnya,kita perlu menghargai walaupun kita sudah meninggalkan alam persekolahan.Sebagai contohnya,kita patutlah menghubungi bekas guru kita di sekolah rendah satu ketika dahulu.Cara ini dapat mempererat silaturahim yang sudah lama terjalin.  
         Sebagai kesimpulannya,terdapat banyak cara yang boleh membalas jasa guru kita.Oleh itu,kita hendaklah berusaha menjadi seorang murid yang tahu mengenang budi.Orang berbudi kita berbahasa,orang memberi kita merasa.
 

kamikaze, (2014-09-09 01:20)
ok bgus
 
Rebecca, (2014-09-09 00:08)
not bad
 
Submit a comment:

Name