Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Pentingnya Menjaga Kebersihan Diri, by harith aiman
Contoh Karangan UPSR
Name:Perak harith aiman
Title:Pentingnya Menjaga Kebersihan Diri
2014-09-08 21:55
         Pepatah ada menyatakan bahawa "kebersihan diri asas kesihatan".Hal ini menunjukkan bahawa menjaga kebersihan diri     amat penting bagi memastikan badan kita sihat.Terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian dalam menjaga kebersihan diri.  
          
         Antaranya ialah menjaga kabersihan kepala dan rambut.bagi kaum lelaki,rambut sebaik-baiknya dipotong pendek.Bagi kaum perempuan pula,rambut yang panjang haendaklah diikat atau didandan supaya kelihatan kemas.Sebaik-baiknya rambut hendaklah dicuci dengan menggunakan syampu sekurang-kurangnya dua hari sekali.Ini dapat mengelakkan kepala kita berkutu dan rambut berbau.  
          
         Selain itu,menjaga kebersihan mulut dan gigi adalah sangat penting.Gigi hendaklah digosok sekurang-kuranngnya tiga kali sehari atau sebaik-baiknya setiap kali selepas makan.Hal ini dapat mengelakkan kerosakan gigi dan mulut berbau.Gigi yang rosak akan mengakibatkan kita mengalami sakit gigi dan bengkak gusi.Rakan-rakan juga tidak selesa jika mulut kita berbau ketika bercakap.  
          
         Seterusnya,kebersihan kuku dan tangan juga perlu dijaga.Kuku perlu sentiasa dipotong pendek supaya kotoran dan kuman tidak terlekat pada di celah kuku yang boleh menyababkan makanan yang dipegang tercemar.Makanan yang tercemar boleh menyebabkan kit keracunan makanan.Tangan juga perlu dibersihkan sebelum dan selepas makan.  
          
         Kebersihan pakaian juga perlu diutamakan.Kita seharusnya sentiasa berpakaian bersih bagi mengelakkan jangkitan penyakit kullit seperti panau dan kurap.Pakaian yang kotor dan berpeluh boleh menyebabkan bau yang tidak menyenangkan.  
          
         Daripada fakta-fakta di atas jelaslah bahawa menjaga kebersihan diri amat penting bagi kesihatan tubuh badan kita.
 

Submit a comment:

Name