Welcome!

Contoh Karangan UPSR: pangalaman semasa menyaksikan kemalangam di jalan raya, by hafizi
Contoh Karangan UPSR
Name:Australia hafizi
Title:pangalaman semasa menyaksikan kemalangam di jalan raya
2014-09-08 21:39
Keadaan cuaca sungguh redup pada petang itu. Aku menggorak langkah meninggalkan perkarangan sekolah. Tiba-tiba , aku terdengar bunyi yang kuat. Aku memusingkan kepala ke arah bunyi.Aku melihat suatu kemalangan di simpang jalan. Kemalangan itu berlaku di kira-kira 100 meter dari sekolah dan melibatkan sebuah bas dan sebuah lori.Banyak orang mengerumuni tempat kemalangan itu. Sesetengah kenderaan bergerak perlahan untuk melihat kemalangan itu. Keadaan di tempat kemalangan itu telah menjadi huru-hara.Aku berasa cemas lalu berlari dengan cepat ke sebuah pondok telefon yang berhampiran. Aku menelefon talian kecemasan.5 minit selepas itu, polis pun tiba di tempat kejadian untuk mengawal lalu lintas. Tidak lama kemudian, 3 buah ambulans dan pasukan bomba dan penyelamat sampai di tempat kejadian. Pasukan bomba dan penyelamat mengeluarkan mangsa dari kenderaan tersebut lalu ambulans menghantarkan mangsa-mangsa kemalangan tersebut ke hospital.Aku melihat mangsa-mangsa berlumuran darah. Ada pula yang tidak sedarkan diri. Aku terdengar suara budak-budak menangis dan suara mangsa mengerang kesakitan. Aku berasa simpati dan kasihan terhadap budak-budak kecil yang ketakutan.  Kepala pemandu lori berlumuran darah tetapi pemandu bas pula tidak mengalami kecederaan.Aku terdengar ada orang mengatakan bahawa pemandu lori itu memandu dalam keadaan mabuk.  Selepas semua mangsa yang cedera dibawa ke hospital, pasukan polis serta bomba dan penyelamat pun beredar. Keadaan lalu lintas menjadi pulih semula dan aku meneruskan perjalanan balik ke rumah.Melalui pengalaman ini, saya belajar untuk bertindak pantas semasa kecemasan.  Kita juga perlu sentiasa berhati-hati semasa menggunakan jalan raya.
 

Submit a comment:

Name