Welcome!

Contoh Karangan UPSR: PERSEDIAAN YANG DILAKUKAN BAGI MENGHADAPI UPSR., by Zahra Fazira
Contoh Karangan UPSR
Name:Kuala Lumpur Zahra Fazira
Title:PERSEDIAAN YANG DILAKUKAN BAGI MENGHADAPI UPSR.
2014-09-08 21:14
                                                     C-G-3 PANGSAPURI JATI SELATAN,      
                                                     NO.8 JLN1/125G,TAMAN DESA  
                                                     PETALING,57100 KUALA LUMPUR  
 
                                                     6 OGOS 2014  
 
         Menemui sahabatku Hana yang kini berada di Sabah,apa khabar? Saya di sini baik-baik sahaja.Diharap saudari sihat sejahtera di samping keluarga tercinta.  
 
Saudari,  
 
         Seperti yang kita sudah sedia maklum,peperiksaan UPSR semakin hampir menemui kita pada bulan September nanti.Bagaimanakah dengan persediaan saudari untuk peperiksaan tersebut? Buat pengetahuan saudari,saya telah membuat beberapa persediaan bagi menghadapi peperiksaan UPSR itu.Antara persediaan yang saya buat adalah mengulangkaji pelajaran di rumah mahupun di sekolah bersama rakan-rakan.  
 
         Pada cuti sekolah pula,saya akan menghadiri kelas tambahan di sekolah.Kelas tersebut diadakan sebanyak dua kali seminggu.Saya amat berterima kasih atas usaha guru-guru supaya kami cemerlang dalam pelajaran.  
 
         Selain itu,jadual belajar juga saya sediakan. Tujuannya,saya mudah membahagikan masa.Masa yang ada harus digunakan sebaik mungkin.Bak kata pepatah 'Masa itu emas'.  
 
         Semasa di dalam kelas,saya memberikan tumpuan yang sepenuhnya ketika belajar.Jika saya tidak faham,dengan segera saya akan bertanya kepada guru.Itu memudahkan saya untuk mengikuti pengajarannya.  
 
Sahabatku,  
 
         Saya juga menyertai kem motivasi serta bengkel teknik menjawab soalan. Ini akan membantu saya meningkatkan pembelajaran saya. Tidak ketinggalan,saya sering melakukan solat hajat dan berdoa kepada Tuhan. Akhir sekali,saya telah menyediakan alatan penulisan yang mencukupi untuk peperiksaan UPSR yang bakal menjelang.  
 
         Setakat ini sahaja yang saya dapat coretkan buat tatapan saudari kali ini. Kirimkan salam saya buat saudari serta keluarga.Harap kita mendapat peluang untuk berjumpa.  
 
                                                                                            Sahabatmu,  
 
                                                                                        ___•zahra•___  
                                                                 (ZAHRA FAZIRA BT.SAIFUL)  
 
                                
 

, (2014-09-10 22:38)
siti nurul jaimah binti mohd jahil  

 
Submit a comment:

Name