Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Lawatan ke zoo negara, by Ashley Leon Sze Yen
Contoh Karangan UPSR
Name:Johor Ashley Leon Sze Yen
Title:Lawatan ke zoo negara
2014-09-08 19:03
    Pada hari Ahad yang lalu, kami telah pergi ke zoo negara. Setelah bersiap sedia, kami pun bertolak ke destinasi dengan menaiki kereta bapa.  
    Satu jam kemudian, kami pun tiba di destinasi.Bapa pun pergi ke kaunter tiket untuk membeli tiket.Selepas membeli tiket,kami pun masuk ke dalam zoo negara.Sebab pada hari itu ialah hari cuti, suasana di zoo negara bagai ikan dalam belat.  
    Di dalam zoo negara terdapat banyak binatang yang jinak seperti zirafah, gajah, arnab dan sebagainya.Binatang yang garang dikurung di dalam sangkar seperti harimau, singa, beruang dan sebagainya.  
    Selepas dua jam, kami sekeluarga berasa penat dan lapar.Kami pun berjamu selera di sebuah restoran yang berdekatan dengan zoo negara.Makanan di restoran itu enak-enak belaka.  
    Selepas makan, kami pun menyaksikan persembahan gajah.Aksi-aksi gajah sangat mencuit hati para penonton.  
    Pada pukul 6 petang, kami pun pulang ke rumah. Walaupun kami berasa sangat penat, tetapi kami sungguh gembira.
 

Ashley Exo Exo, (2014-09-09 19:24)
Why nobody comment?
 
CK, (2014-09-08 19:07)
Too short...  

 
Submit a comment:

Name