Welcome!

Contoh Karangan UPSR: pengalaman pertama bermain penny board bersama kakak, by novelist (ema)
Contoh Karangan UPSR
Name:novelist (ema)
Title:pengalaman pertama bermain penny board bersama kakak
2014-09-08 03:23
hari ini, kakak ku membeli "penny board" daripada rakan karibnya. Dia membeli dengan harga berjumlah RM120.Dia merasmikan permaianan tersebut dengan gembira dan sangat teruja. Aku pun turut serta bermain "penny board tersebut dengan kakak ku.  
 
Ini kali pertama aku bermain "penny board". Oleh sebab terlalu asyik membaca buku untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam upsr dengan mendapat 5A. Aku berasa "kekok" kerana aku tidak reti untuk bermain permainan tersebut.  
 
Kakak ku tersenyum dan mengetawakan ku kerana tidak reti bermain "penny board" tersebut. Aku tidak memutus asa dan meminta tolong kakak ku untuk mengajar aku bermain dan mengawal pergerakan ku ketika bermain permainan tersebut.Bak kata pepatah "jangan malu bertanya nanti sesat jalan".  
 
Sedikit demi sedikit,aku telah berjaya mengawal pergerakan tersebut.Dengan bangganya, aku bermain dengan seronok tanpa mengendahkan kenderaan yang berlalu-lalang di hadapan rumahku.  
 
Disebabkan kesilapan ku yang cuai dan tidak berhati-hati ketika berada di lorong perumahan itu, aku dilanggar oleh kereta tersebut dengan tidak sengaja. Aku tidak menyedarkan diri kerana telah dilanggar. Tanpa ku sedari, darah di kakiku sedang mengalir menitik di atas jalan tersebut. Pemandu tersebut keluar dari kereta dan membawa aku masuk ke dalam kereta yang dipandu olehnya untuk segera diberi rawatan. Sementara itu, kakak ku memanggil ibuku yang sedang kusyuk menonton televisyen untuk menemani pemandu yang telah melanggarku ke hospital.  
 
Selang beberapa jam kemudian, aku membuka mataku dengan perlahan-lahan.Elok sahaja aku sedar,aku melihat ibu,kakak dan pemandu kereta tersebut berada disisiku.Aku teringat akan kejadian yang berlaku pada diriku hari ini.Aku menjadikan pengalaman ini sebagai kesedaran pada diriku.Aku berterima kasih kepada Tuhan kerana masih memberi peluang kedua untuk aku hidup di dunia ini.Aku juga berterima kasih kepada pemandu tersebut kerana telah menghantar aku ke hospital dengan segera untuk diberi rawatan secukupnya.  
 

 

Submit a comment:

Name