Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Memohon Kebenaran Untuk Menggunakan Bengkel Kemahiran Hidup Dan Peralatan Benkel, by Nurul Hamizah
Contoh Karangan UPSR
Name:Sabah Nurul Hamizah
Title:Memohon Kebenaran Untuk Menggunakan Bengkel Kemahiran Hidup Dan Peralatan Benkel
2014-09-08 01:42
Persatuan Kemahiran Hidup,  
Sekolah Kebangsaan Kunak Jaya,  
64,Jalan Kunak    Jaya,  
Kunak Jaya,  
91207 Kunak,Sabah.  
 
_____________________________________________________________________________  
Guru Besar,  
Sekolah Kebangsaan Kunak Jaya,  
64,Jalan Kunak Jaya,  
Kunak Jaya,  
91207 Kunak,Sabah.                                                                                                                                7 September 2014  
 
Puan,  
 
MEMOHON KEBENARAN UNTUK MENGGUNAKAN BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP DAN PERALATAN BENGKEL.  
___________________________________________________________________________  
Perkara di atas adalah dirujuk,sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Kemahiran Hidup akan mengadakan Pertandingan Reka Cipta.Saya Nurul Hamizah selaku setiausaha ingin memohon kebenaran dari puan untuk menggunakan bengkel Kemahiran Hidup dan peralatan bengkel.  
 
2.                        Butiran tentang pertandingan tersebut adalah seperti yang berikut:  
                                Tarikh:17 September 2014.  
                                Masa :8 pagi hingga 12 tengah hari.  
                                Jumlah murid:36 orang peserta sahaja.  
 
3.                         Kami akan mematuhi peraturan yang ditetapkan ketika berada di bengkel.Kami akan membersihkan semula peralatan yang telah digunakan dan memastikan bengkel ditinggalkan dengan bersih dan teratur.  
 
4.                        Untuk makluman,pertandingan reka cipta ini mempunyai ramai guru khas yang akan memantau dan mengendalikan pertandingan.Tujuannya adalah supaya semasa pertandingan tidak akan berlaku masalah.Pemenang akan menerima sejumlah wang sebanyak 100 ringgit dan senaskah majalah Kemahiran Hidup.  
 
Oleh hal yang demikian, besarlah harapan kami agar pihak puan meluluskan kami untuk menggunakan bengkel dan peralatan bengkel semasa pertandingan.  
 
Sekian,terima kasih.  
 
Yang Benar,  
hamizah  
(Nurul Hamizah)  
Setiausaha Persatuan Kemahiran Hidup,  
Sekolah Kebangsaan Kunak Jaya.  
 

 

hazanuri, (2014-09-30 14:22)
best gilerrrrrrrr  
 
 

 
Submit a comment:

Name