Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Aku sebatang sungai, by Nur Nabilah Farhana
Contoh Karangan UPSR
Name:Kuala Lumpur Nur Nabilah Farhana
Title:Aku sebatang sungai
2014-09-08 00:57
             Aku ialah sebatang sungai. Aku bermula dari kawasan tanah tinggi kemudian dulu. Mengalir ke laut. Sebelum sampai ke laut, aku perlu menyusuri pelbagai jenis tanah-tanih. Hal ini menyebabkan bentuk fizikalku berselirat dan bengkang-bengkok.  
 
            Di dalam perutku terkandung banyak air dan pelbagai khazanah yang sangat berguna kepada semua hidupan di muka bumi ini. Misalnya, air yang aku takungi merupakan sumber minuman utama bukan sahaja kepada manusia, malah kepada haiwan dan tumbuh-tumbuhan.  
 
         Selain dijadikan sumber minuman, air yang aku takungi juga mampu membekalkan sumber tenaga elektrik hidro kepada masyarakat. Aku juga telah dijadikan sebagai tempat rekreasi oleh orang ramai untuk melakukan aktiviti seperti berkelah, berkayak dan sebagainya.  
 
            Khazanah dalam perutku pula merupakan punca rezeki untuk para nelayan. Di dalam perutku terdapat pelbagai jenis ikan, udang, siput, ketam dan sebagainya. Aku sedia berbakti kepada semua hidupan yang memerlukan aku.  
 
         Namun sejak akhir-akhir ini, banyak khazanah laut seperti hidupan akuatik dan tumbuh-tumbuhan sungai semakin pupus akibat kerakusan dan sikap tidak bertanggungjawab manusia yang mementingkan keuntungan semata-mata. Kini, airku mengalir lesu kerana longgokkan sampah yang semakin banyak. Sisa-sisa toksik yang disalirkan terus ke dalam tubuhku mengeruhkan lagi keadaan.  
 
        Kini, wajahku tidak sejernih dahulu. Air yang mengalir sudah tidak sederas dulu. Bauku yang segar dahulu kini bertukar hanyir. Apalah nasibku hidup di dunia yang kononnya semakin moden tetapi kurang peka terhadap kepentingan sungai. Aku berdoa semoga masyarakat hari ini berubah dan semakin sedar akan kepentinganku.  
 
 

 

Budxkcomel, (2019-03-22 19:45)
Karangan yang mempunyai ayat2 yang gramatis..saya suka akan karangan yang mempunyai banyak isi..tetapi tolong panjangkan sikit yer..  
 

 
Deshna, (2014-10-05 15:33)
Karangan kamu terlalu hangat.kalau saya tulis karangan ini pasti saya akan dapat A.saya suka karangan kamu.
 
nawa, (2014-09-08 02:06)
very nice
 
Submit a comment:

Name