Welcome!

Contoh Karangan UPSR: meminta keizinan mambawa telifon bimbit ke sekolah, by Amirah Atiqah Binti Nazri
Contoh Karangan UPSR
Name:Johor Amirah Atiqah Binti Nazri
Title:meminta keizinan mambawa telifon bimbit ke sekolah
2014-09-08 00:23
Kelas 6 Wira,  
Sekolah Kebangsaan Convent,  
39000 Tanah Rata,  
Cameron Highlands.  
 
Tuan Guru Besar,  
Sekolah Kebangsaan Convent,  
39000 Tanah Rata,  
Cameron Highlands.  
 
Tuan,  
 
Meminta Keizinan Membawa Telifon Bimbit Ke Sekolah  
 
Merujuk perkara di atas,saya,Rosman bin Shafie dari kelas 6 Wira ingin meminta keizinan daripada tuan untuk membawa telifon bimbit ke sekolah.saya sedar bahawa membawa telifon bimbit melanggar peraturan sekolah.Saya mempunyai alasan yang munasabah untuk membawa alat komunikasi tersebut bukan menanam tebu di bibir mulut.  
 
2. Untuk pengetahuan tuan,sepanjang minggu ini,ayah saya berulang-alik ke Hospital Tapah.Tujuan ayah saya membuat demikian adalah untuk menjaga ibu saya yang sakit.Jadi,saya tidak pasti waktu ayah menjemput saya pulang ke rumah.  
 
3. Apabila saya membawa telifon bimbit,mudah untuk ayah saya menghubungi saya.Saya tidak perlu tertunggu-tunggu di luar kawasan sekolah yang terdedah kepada kejadian jenayah seperti penculikan.Oleh oitu,saya boleh mengisi masa terluang di perpustakaan ataupun melakukan aktiviti di sekolah sebelum saya pulang ke rumah.  
 
4. Walau bagaimanapun,segala-galanya terserah kepada tuan.Sekiranya tuan tidak mengizinkan,saya tidak akan membawa telefon bimbit ke sekolah.Kerjasama daripada pihak tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih.  
 
Sekian,terima kasih.  
 
Yang benar,  
 
(ROSMAN BIN SHAFIE)
 

nur fatihah fatin , (2015-07-01 19:36)
hebatnya ayat awak..
 
tiraa, (2015-01-24 22:46)
karangan anda hebat :)
 
Submit a comment:

Name