Welcome!

Contoh Karangan UPSR: cara-cara memperoleh keputusan yang cemrlang dalam UPSR, by Budak_SakaI
Contoh Karangan UPSR
Name:Putrajaya Budak_SakaI
Title:cara-cara memperoleh keputusan yang cemrlang dalam UPSR
2014-09-07 19:29
     Ramai murid Tahun Enam yang hendak cemerlang dalam UPSR.Jika kita hendak berjaya,kita hendaklah bersungguh-sungguh.Jangan jadi ibarat melepaskan batuk di tangga iaitu membuat kerja dengan sambalewa.Samalah seperti tidak bersungguh-sungguh mengulang kaji pelajaran untuk UPSR.  
 
     Terdapat beberapa cara-cara mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR.Antaranya.kita haruslah rajin membuat latihan.kita kena ulang kaji pelajaran.Bak kata pepatah 'bersusah dahulu bersenang kemudian'.Selain itu,kita kita boleh membuat soalan UPSR pada tahun lepas.  
 
     Seterusnya,kita mestilah fokus di dalam bilik darjah.Kita kena pasang telinga ketika guru mengajar.Kita juga boleh mencatat isi-isi yang penting.  
 
     Selain itu,kita boleh menghandiri kelas tambahan di sekolah.Kita juga boleh memasuki kelas tuisyen sama ada di sekolah atau di luar sekolah.Kita mesti menghadirikelas tambahan atau tuisyen untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan.Kita mestilah pasang niat ke kelas tuisyen untuk belajar bukan nak jumpa kawan-kawan atau bermain.  
 
     Di samping itu,kita hendaklah membuat jadual yang sistematik.Dengan itu,kita boleh membahagikan masa dengan bijak.Masa itu emas.Di samping itu,kita boleh menjadi insan yang berguna.Kita juga boleh menghargai masa dengan perkara yang berfaedah.  
 
    Akhir Sekali.kita haruslah berusaha untuk mencapai kejayaan yang cemerlang.Bak kata pepatah'Usaha tangga kejayaan'.Kita juga haruslah berdoa dan bertawakal kepada Allah setelah kita berusaha
 

Unknown, (2014-09-07 20:56)
Pebenda lh. Melepaskan batok di tangga lh bukan batuk. Memang Lol
 
aireen, (2014-09-07 19:34)
karangan terlampau pendek dalam satu perenggan.sekurang kurangnya 4 atau 5 ayat dalam satu perenggan.
 
Submit a comment:

Name