Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Laporan Hari Kanak-kanak Sekolah Kebangsaan St.Paul, by Nurul Ain Nabeela Binti Anuar
Contoh Karangan UPSR
Name:Perak Nurul Ain Nabeela Binti Anuar
Title:Laporan Hari Kanak-kanak Sekolah Kebangsaan St.Paul
2014-09-07 02:59
Pada 8 Oktober 2O14, Sekolah Kebangsaan St.Paul telah mengadakan sambutan Hari Kanak-kanak. Aktiviti ini dijalankan di dewan besar dan padang sekolah.  
 
            Pada jam 8.OO pagi, semua murid berkumpul di dewan besar. Wakil murid,Muhammad Nukman Afiq telah menyampaikan ucapan terima kasih terhadap pengorbanan yang guru-guru berikan. Manakala,Tuan Guru Besar pula mengucapkan tahniah kerana murid murid telah menjadi murid yang baik.  
 
            Selepas majlis itu, semua murid dan guru berkumpul di padang untuk aktiviti sukaneka. Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti lari di dalam guni, meniup belon dan bermain bola sepak tujuh sebelah. Majlis itu telah mewujudkan kemesraan antara murid dengan guru.  
 
            Pada jam 1O.3O pagi,murid-murid berehat di kantin sekolah. Murid-murid diberikan sebatang aiskrim setiap seorang oleh guru. Terdapat sesetengah kelas yang mengadakan jamuan di kelas masing-masing.  
 
            Pada jam 11.OO pagi,semua murid dan guru berkumpul sekali lagi di dewan besar. Di sini diadakan persembahan kebudayaan berupa tarian Melayu, dikir barat dan pembacaan sajak. Setiap kali selesai sesuatu persembahan, guru-guru dan murid-murid bertepuk tangan.  
 
            Sambutan Hari Kanak-kanak berakhir jam 12.3O tengah hari. Selepas majlis selesai, kami bersalaman dengan setiap guru. Pada keseluruhannya, sambutan Hari Kanak-kanak tahun ini amat meriah.  
 
Laporan disediakan oleh,                            5 OKTOBER 2O14  
 
    Ain Nabeela  
(NURUL AIN NABEELA BINTI ANUAR)  
Ketua Pengawas,  
Sekolah Kebangsaan St.Paul.  
                  

 

syafiq rahim, (2016-09-29 15:30)
ye la
 
is, (2016-09-29 15:29)
syafiq rahim ke tu  

 
syafiq rahim, (2016-09-29 15:28)
is,apa maksud viaoo
 
is, (2016-09-29 15:23)
betul kata Arif tu......
 
is, (2016-09-29 15:00)
viaooo
 
iskandar , (2016-09-29 14:59)
terima kasih la  

 
good..., (2016-08-14 01:51)

 
Show All Comments
Submit a comment:

Name