Welcome!

Contoh Karangan UPSR: kebaikan membawa bekal ke sekolah, by fatima
Contoh Karangan UPSR
Name:Putrajaya fatima
Title:kebaikan membawa bekal ke sekolah
2014-09-06 23:27
        Pada masa ini, amalan pemakanan yang sihat dapat menjami kesihatan kita. Oleh itu, murid digalakkan untuk membawa bekal makanan ke sekolah. Hal ini demikian kerana membawa bekal dari rumah memunyai banyak faedah, terutama sekali kepada murid-murid sekolah.  
          
         Antara faedah yang diperoleh jika seseorang murid itu membawa bekal makanan ke sekolah ialah makanan tersebut pastinya disediakan oleh ibu di rumah. Pnyediaan makanan dari rumah memang dapat dipastikan tahap kebersihannya. Dengan demikian, tentulah tidak akan berlaku keracunan makanan seperti selalu kita dengar sejak kebelakangan ini.  
 
         Bekalan makanan yang disediakan ibu untuk anak sudah pasti memenuhi citarasa dan seleranya. Menu bekalan mungkin berbeza setiap hari yang dapat membangkitkan selera murid tersebut.Tidaklah asyik menjamu selera dengan nasi lemak atau mihun yang sama setiap hari di kantin.  
 
         Selain itu, jika seseorang murid membawa bekal ke sekolah, pembelanjaan dapat dijimatkan.Duit bekanja yang diberikan oleh ibu dan bapa kita boleh disimpan di dalam tabung untuk kegunaan masa hadapan. Hal ini demikian kerana dapat mmupuk seseoran g murid itu mengamalkan sikap berjimat cermat.  
 
            Bekalan makanan yang dibawa juga boleh dikongsikan bersama-sama rakan yang lain. Murid juga boleh makan bersama-sama rakan yang membawa bekal ke sekolah. Secara tidak langsung, hubungan antara rakan akan bertambah akrab dan mesra.  
 
            Kesimpulannya, setiap murid amat digalakkan un tuk membawa bekal makanan dari rumah ke sekolah. Mkanan yang dibawab perlulah makanan yang b ukan sahaja enak dimakan bahkan seimbang. Makanan yang seimbang dapat menjaminkan kesihatan kita.
 

erfan , (2017-02-09 23:47)
GOOD JOB  

 
syaza areesya, (2017-02-09 22:43)
good job😀  
 
 

 
syaza areesya, (2017-02-09 22:43)
good job😀  
 

 
syaza areesya, (2017-02-09 22:42)
good job😀  
 

 
syaza areesya, (2017-02-09 22:42)
good job😀  
 

 
syaza areesya, (2017-02-09 22:42)
good job😀  
 

 
fisq, (2017-01-27 12:54)
goooooooooooooooooooooooood
 
Show All Comments
Submit a comment:

Name