Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Kebaikan Amalan Gotong-royong, by Sharifah Nur Aulia
Contoh Karangan UPSR
Name:N. Sembilan Sharifah Nur Aulia
Title:Kebaikan Amalan Gotong-royong
2014-09-06 21:16
            Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, para hakim yang adil lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Bersempena dengan pertandingan syarahan pada hari ini,saya ingin menyampaikan syarahan yang bertajuk "Kebaikan Amalan Gotong-royong".  
 
Hadirin sekalian,  
            Amalan bergotong royong begitu penting diamalkan dalam kehidupan kita.Hal ini demikian kerana amalan gotong-royong ini dapat memudahkan kerja kita. Contohnya, kerja-kerja membersihkan kawasan sekolah yang besar dapat dilakukan bersama-sama. Ini sudah pasti meringankan beban kerja yang banyak untuk membersihkan kawasan sekolah tersebut.  
 
            Selain itu, amalan gotong-royong ini dapat memupuk sikap kerjasama dalam kalangan anggota masyarakat.Misalnya, anggota masyarakat boleh mengamalkan semangat tolong-menolong dalam menyiapkan kerja semasa majlis perkahwinan. Kesannya, hubungan silaturahim pun dapat dieratkan sesama kita.  
 
Rakan-rakan sekalian,  
            Seterusnya,amalan ini dapat menjimatkan masa ketika menyiapkan sesuatu kerja.Contohnya,gotong-royong membersihkan kawasan sekolah boleh dilakukan secara beramai-ramai antara guru, ibu bapa dan murid-murid.Oleh itu,kerja gotong-royong itu dapat disiapkan dengan cepat.  
 
            Akhir sekali, aktiviti bergotong-royong dapat memupuk nilai kesedaran dalam diri kita.Misalnya,gotong-royong membersihkan dan menceriakan kawasan sekolah dapat memupuk kesedaran tentang nilai menghargai dan estetika serta penjagaan kesihatan. Kesannya, kita akan menjadi warga sekolah yang bertanggungjawab terhadap kebersihan dan keceriaan.  
 
            Kesimpulannya, amalan gotong-royong ini perlu dipupuk dan dijadikan amalan hidup kita. Sekian sahaja syarahan saya pada pagi ini, saya sudahi dengan ucapan terima kasih.
 

njknjnjn, (2014-10-29 19:43)
lmjionojnl;
 
syuhaidah, (2014-09-07 13:51)
bagusnya syarahan ni...
 
nur athirah binti kaharudean, (2014-09-07 13:44)
SANGAT bagus...boleh diperkatakan dengan ayat karangan upsr
 
fina, (2014-09-07 02:23)
goodd..best gile..thanks.
 
syuhadah, (2014-09-06 21:30)
bagus
 
Submit a comment:

Name