Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Berkelah di Pantai Morib, by Alyaa Maisarah
Contoh Karangan UPSR
Name:Alyaa Maisarah
Title:Berkelah di Pantai Morib
2014-09-06 20:24
Karangan Lengkap  
      
    Pada masa cuti sekolah yang lepas,Kim Chuan dan kawan-kawannya berkelah di Pantai Morib,Selangor.Pantai ini dikenali ramai dan sentiasa dikunjungi oleh penduduk-penduduk tempatan serta pelancong dari dalam dan luar negara.  
      
    Mereka datang ke Pantai Morib,dengan menaiki bas.Turut serta bersama-sama mereka ialah Cikgu Norwati dan Cikgu Leong.Mereka membawa makanan,minuman,buan-buahan dan pelampung.  
 
    Sebelum bertolak ke tempat yang ditujui pada pukul 8.00 pagi,mereka berkumpul di hadapan sekolah.mereka tiba di sana pada pukul 10.30 pagi.Ketika tiba di pantai itu,sudah ramai orang yang datang.Suasana di pantai itu riuh-rendah dengan para pengunjung yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat.  
 
    Tanpa melengahkan masa,Kim Chuan dan kawan-kawannya mencari tempat redup untuk meletakkan barang-barang mereka.Selepas itu, mereka menukar pakaian lalu pergi mandi-manda di laut.Selepas penat berenang mereka berasa lapar, mereka pun naik ke pantai.Sambil makan,mereka melihat banyak pengunjung sedang bersuka ria.Ada yang memetik gitar sambil menyanyi ada yang bermain bola,bermain layang-layang dan sebagainya.  
 
    Pada pukul 5.00 petang,mereka bersiap untuk pulang.Mereka berasa letih,tetapi berasa seronok kerana dapat melepaskan penat dan melapangkan fikiran mereka setelah penat belajar.Pada masa cuti sekolah akan datang mereka akan pergi berkelah di sebelah pantai timur,Semenanjung Malaysia pula.
 

Submit a comment:

Name