Welcome!

Contoh Karangan UPSR: KARANGAN LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR , by Aini Asmat
Contoh Karangan UPSR
Name:Johor Aini Asmat
Title:KARANGAN LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR
2014-09-06 20:10
Laporan Sambil Belajar Ke Bangunan Parlimen  
 
Pada 5 Mei 2013 yang lalu, seramai 35 pelajar daripada Persatuan Sejarah    Sekolah Menengah Kebangsaan St. Michael, Ipoh telah menyertai lawatan sambil belajar ke Bangunan Parlimen di ibu negara.    Rombongan ini turut disertai oleh dua orang guru penasihat    iaitu Cikgu Malik dan Cikgu Ani.  
 
            Kami dikehendaki berkumpul di sekolah pada awal pagi iatu kira-kira pukul 5 pagi.    Selepas menunaikan solat subuh secara berjemaah di surau sekolah, kami disediakan dengan sarapan pagi yang ringkas iaitu nasi lemak dan teh panas.    Kemudian kami berkumpul semula untuk mendengar taklimat oleh Cikgu Malik, sebelum kami menaiki bas yang disewa khas.    Bas mula bergerak dan kami tidak sabar untuk tiba di sana. Kami juga menonton dokumentari tentang bangunan Parlimen yang ditayangkan di dalam bas.      
 
            Sebaik sahaja kami sampai di pintu utama bangunan Parlimen itu, kami disambut oleh seorang pegawai bertugas.    Kami dibawa melawat di sekitar bangunan tersebut termasuklah taman-taman yang dibina di hadapan bangunan tersebut.    Setelah itu barulah kami dibawa masuk ke dalam bangunan itu. Kami amat bertuah kerana akan dapat menyaksikan perbahasan ahli-ahali Parlimen yang akan berlangsung sebentar lagi.    Kami disediakan tempat duduk di bahagian dewan persidangan.    Kami dapat melihat dengan jelas perjalanan perbahasan tersebut.    Selepas itu, kami melihat ahli-ahli parlimen mengambil tempat duduk mereka masing-masing.  
 
            Perbahasan yang akan berlaku adalah tentang e-pendidikan.    Ada segelintir ahli yang berdiri untuk membangkang cadangan itu dan yang mempertahankannya.    Keadaan menjadi gamat apabila sebahagian ahli mengetuk meja tanda bantahan.    Perbahasan itu telah mengambil masa selama 30 minit.  
 
            Isu e-pendidikan itu telah dibahaskan dengan sungguh rancak.    Hal ini menunjukkan bahawa betapa pentingnya isu ini kepada masa depan pelajar-pelajar.     Selepas itu, kesemua ahli parlimen meningglkan dewan tersebut. Speaker Parlimen datang ke arah kami dan bersalam dengan kami.    Kami berasa amat gembira kerana dapat berjumpa dengan pegawai itu.  
 
             Kami disediakan makan tengah hari di dewan makan.    Setelah itu kami meninggalkan bangunan Parlimen dan meneruskan lawatan kami ke Kuala Lumpur.     Akhir sekali, kami berharap akan dapat melakukan lawatan ke bangunan bersejarah itu sekali lagi.     Kami sampai ke sekolah pada jam 9 malama pada hari yang sama.    Sekian.  
 
Yang melaporkan,                                     13 mei 2014  
          
.................................  
(Aini Binti Asmat)  
Setiausaha Persatuan Sejarah  
SMK. St Michael, Ipoh
 

ATIRAH BINTI MUHAMMAD JAMIL, (2017-02-17 18:06)
SO GOOD...
 
aina binti mohd fahmi, (2015-03-22 15:28)
terima kasih sangat
 
..., (2015-01-31 20:12)
Bagus .....dan dapat menolong pelajar2 membina karangan dengan format yang betul....."
 
Submit a comment:

Name