Welcome!

Contoh Karangan UPSR: pengalaman melancong, by Nur Izzati Adlina
Contoh Karangan UPSR
Name:Pulau Pinang Nur Izzati Adlina
Title:pengalaman melancong
2014-09-06 19:48
        Pada cuti sekolah yang lalu,aku dan keluarga pergi melancong ke Bandung,indonesia.Kami bertolak dari KLIA.Kami menaiki kapal terbang untuk ke sana,perjalanan ke sana mengambil masa selama 2 jam.  
        Setelah sampai di Lapangan Terbang Bandung,Indonesia,  
kami dijemput dengan sebuah kereta yang telah disewa oleh ayah.Kami dibawa ke Rumah Tawa iaitu rumah tumpangan.Ketika kami di sana,kami dilayan dengan penuh kesenangan oleh tuan rumah.Kami dipersilakan untuk berehat di bilik yang telah disediakan.  
         Keesokkan paginya,kami dihidangkan dengan sarapan yang enak.Selepas itu,kami bersiap untuk bersiar- siar.Kami dibawa ke Gunung Berapi Tangkuban Parahu.Di sana kami dapat melihat pemandangan yang cantik dan udara yang segar.Di sana juga,kami dapat membeli-belah.Kami juga berpeluang unntuk menunggang kereta kuda.  
         Selepas itu,kami dibawa ke pusat membeli-belah yang terkenal di sana,iaitu Rumah Moden.Kami membeli banyak barang,lagipun barang-barang dan pakaian di sana harganya berpatutan.Kami dibawa pula ke ke Restoran Kampung Daun.Di sana udaranya segar dengan permandangan yang cantik,di sana juga ada air terjun.Kami dihidangkan dengan makanan yang enak,dan juga makanan tradisional mereka.  
         Selepas penat berjalan kami pun pulang.keesokkan paginay kami pergi ke pusat membeli-belah tidak    kurang terkenalnya.Di sana juga terdapat banyak pakaian yang cantik.Selepas itu,kami pergi ke Restoran Pencuci mulut.Di sana kami dapat makan pencuci mulut yang enak seperti ais krim yang segar.  
         Keesokkan harinya,ialah hari terakhir untuk kami bersiar-siar.Tidak puas lagi untuk ibu membeli-belah,kami pergi ke pusat membeli-belah yang terbesar di Bandung,Indonesia.Ramai orang membeli-belah di sana.Kami juga membeli buah tangan untuk keluarga yang tidak berkesempatan untuk mengikuti kami.  
         Selepas itu,kami pulang untuk mengemas pakaian untuk pulang ke Malaysia.Apabila sampai di Malaysia.Kami memberikan buah tangan untuk keluarga dan rakan-rakan.Kami meceritakan pengalaman menarik itu kepada rakan-rakan dan keluarga yang lain.Kami berasa gembira kerana dapat melancong ke luar negara.  
              
            
 

Submit a comment:

Name