Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Rumah Jiranku Terbakar *simple , by Wan Razaireen *erin
Contoh Karangan UPSR
Name:Kelantan Wan Razaireen *erin
Title:Rumah Jiranku Terbakar *simple
2014-09-06 18:46
Pada suatu petang, ketika pulang dari sekolah, aku ternampak asap tebal berkepul-kepul di udara. Aku segera berlari untuk melihat apa yang berlaku. Ketika itu aku berasa bimbang kerana lokasi asap tebal itu berdekatan dengan rumahku. Rupa-rupanya rumah Tok Lebai yang terbakar.  
 
 
 
 
Aku segera pergi memberitahu ibu bapa. Kemudian bapaku terus keluar rumah untuk meminta pertolongan daripada penduduk kampung. Ramai penduduk kampung yang datang dan mereka bertungkus-lumus memadamkan api tersebut. Namun begitu, api itu semakin marak. Sementara itu, aku segera menelefon pihak bomba. Kira-kira 20 minit kemudian, bomba pun sampai ke tempat kejadian. Setengah jam berikutnya, api yang marak itu berjaya dipadamkan tetapi malangnya rumah Tok Lebai telah pun musnah sama sekali dijilat api.  
 
 
 
 
Pihak bomba menyatakan bahawa punca kejadian itu mungkin akibat daripada litar pintas.Syukurlah kerana tiada kemalangan jiwa berlaku. Tok Lebai dan keluarganya mengucapkan terima kasih kepada semua yang datang menolong memadamkan kebakaran rumah mereka.  
 
 
 
 
Memandangkan Tok Lebai jiran terdekat kami, ibu bapaku mengajak Tok Lebai sekeluarga menumpang di rumah kami untuk sementara waktu. Semasa di rumah kami, Tok Lebai selalu kelihatan muram kerana mungkin mengenangkan peristiwa pahit yang melanda keluarganya.  
 
 
 
Selang tiga bulan kemudian, rumah Tok Lebai telah siap dibina semula hasil daripada sumbangan dan gotong-royong penduduk kampung. Tok Lebai berasa amat gembira dan mengucapkan terima kasih kepada keluarga kami dan juga penduduk kampung yang banyak membantu mereka.    
 

nur veah, (2014-09-25 02:48)
tak sedaplah
 
sarah, (2014-09-07 01:04)
karangan yang sangat menarik bagi saya
 
alyaa maisarah , (2014-09-06 19:10)
sangat menarik
 
Submit a comment:

Name