|
Name: | Syafinaz Hanim | Title: | meminta kebenaran guru besar untuk menggunakan dewan
2014-09-06 02:49 | Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Long Gafar,
16150 Kota Bharu,
Kelantan.
____________________________________________________________
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Long Gafar,
16150 Kota Bharu,
Kelantan. 5 SEPTEMBER 2014
Tuan,
Memohon Kebenaran Menggunakan Dewan Sekolah
___________________________________________
Berhubung dengan perkara di atas, saya Syafinaz Hanim, selaku setiausaha Persatuan Bahasa Malaysia ingin memohon kebenaran tuan untuk menggunakan dewan sekolah.
2. Tujuan kami untuk menggunakan dewan tersebut adalah untuk mengadakan beberapa pertandingan bersempena dengan Minggu Bahasa Melayu.Antara pertandingan yang bakal dijalankan ialah pertandingan mengarang esei,pertandingan pidato,pertandinag mendeklamasikan sajak dan melukis poster.Butiran-butirannya adalah seperti berikut:
Hari :Isnin-Khamis
Tarikh :22-25 September 2014
Masa :8.00 pagi-1.00 petang
3. Di samping itu, kami juga ingin menggunakan peralatan yang diperlukan seperti mikrofon,pembesar suara serta alatan lain untuk melancarkan lagi acara tersebut.
4. Kami berharap agar permohonan kami ini dapat dipertimbang dan diluluskan dengan secepat mungkin agar kami dapat melakukan persiapan awal untuk acara ini.Segala kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
___________
(SHAFINAZ HANIM BT.MUHAMMAD SHAFI)
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Kenangsaan Long Gafar.
| | Ummi, (2016-06-23 02:03) Karangan yg bagus
| | zul, (2015-04-07 13:45) baik punya karangan
| | bagus lah, (2015-02-10 20:12)
| |
|
|
|