Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Apakah peranan akhbar kepada masyarakat? Bincangkan., by yamuna
Contoh Karangan UPSR
Name:Kuala Lumpur yamuna
Title: Apakah peranan akhbar kepada masyarakat? Bincangkan.
2014-09-06 02:03
Akhbar atau surat khabar merupakan satu bahan bacaan yang popular. Akhbar adalah alat sebaran am yang amat berguna kepada manusia. Akhbar diterbitkan dalam pelbagai bahasa. Di negara kita, terdapat akhbar berbahasa Malaysia, Mandarin, Tamil, dan Inggeris.  
 
Akhbar mempunyai pelbagai peranan. Akhbar berfungsi sebagai penyampai maklumat kepada orang ramai. Melalui akhbar, kita dapat mengetahui berita tentang peristiwa yang berlaku di dalam dan di luar negara. Berita-berita ini meliputi berita semasa, politik, sukan, dan  
sebagainya.  
 
Selain itu, akhbar dapat memupuk semangat minat membaca di kalangan masyarakat. Dengan cara ini, manusia dapat menambah dan meluaskan pengetahuan masing-masing. Pembacaan yang meluas, dapat mengelakkan kita daripada digelar seperti “katak di bawah tempurung’.  
 
Selain meluaskan pengetahuan sedia ada, dengan membaca surat khabar pelbagai bahasa, kita dapat memperbaiki tahap penguasaan sesuatu bahasa yakni sama ada bahasa Inggeris, Cina, Tamil mahupun Bahasa Malaysia.  
 
Kesimpulannya, akhbar mempunyai peranan yang penting dalam kehidupan kita setiap hari.  

 

Submit a comment:

Name