Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Selaku setiausaha Hari Kantin sekolah, anda diminta oleh pengetua sekolah untuk menyediakan laporan lengkap tentang persediaan untuk menjayakan hari tersebut, by yamuna
Contoh Karangan UPSR
Name:Kuala Lumpur yamuna
Title:Selaku setiausaha Hari Kantin sekolah, anda diminta oleh pengetua sekolah untuk menyediakan laporan lengkap tentang persediaan untuk menjayakan hari tersebut
2014-09-06 02:00
Laporan Persediaan Sambutan Hari Kantin  
    Badan Kepimpinan Pelajar (BKP) telah merancang untuk mengadakan Hari Kantin.Hari Kantin ini akan diadakan pada hari Sabtu, 11 September 2011.Objektif utama aktiviti ini diadakan adalah untuk mengumpulkan dana.Dana ini digunakanuntuk membantu persatuan atau kelab menjalankan kegiatan.Selain itu, dana ini digunakan untuk program keceriaan sekolah dan membaik pulih bilik BKP.  
 
    Untuk melancarkan sambutan ini, badan ini telah menubuhkanbeberapa jawatankuasa kecil.Tujuannya adalah untuk pembahagiaan kerja supaya perjalanan Hari Kantin ini berjalan dengan lancar.Sebanyak lapan belas buah gerai disediakan untuk pelajar, kelab, atau persatuan yang ingin berniaga pada hari itu.Gerai-gerai itu akan didirikan di kawasan tepi padang.Hal ini demikian kerana acara sukaneka akan turut diadakan pada hari itu.Jadi para pengunjung dapat menyaksikan sukaneka sambil menjamu selera.Kami menetapkan bahawa jenis jualan setiap gerai perlu berbeza antara satu dengan yang lain.Antara gerai yang bakal didirikan ialah gerai menjual kuih-muih, makanan, pokok bunga,cenderamata, dan permainan.Seperti tahun-tahun yang lepas, semua urus niaga adalah menggunakan kupon.  
 
    Kami menjangka Hari Kantin kali ini mendapat sambutan yang agak meriah.Hal ini demikian kerana dalam tempoh lima hari, pihak kami berjaya menjual kupon sebanyak RM 1500.Hal ini membuktikan bahawa sambutan yang diberikan sungguh baik daripada ibu bapa dan pelbagai pihak.Pihak kami turut membuat persediaan dari segi keselamatan dengan kerjasama daripada Persatuan Bulat Sabit Merah sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini.Pada masa ini pihak kami tidak mengalami sebarang kesulitan.Semua perancangan berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.  
 
    Akhir sekali, Badan Kepimpinan Pelajar amat berharap semoga Hari Kantin tahun ini akan berjalan dengan lancar sebagaimana yang dijadualkan tanpa menghadapi sebarang kerumitan.Saya berharap agar semua pihak dapat memberikan kerjasama sama ada tenaga atau pendapat untuk menjayakan program ini.  
 
Disediakan oleh,  
Hafizudin  
(Mohamad Hafizudin bin Zainal)  
Setiausaha,  
Sambutan Hari Kantin,  
Kolej Melayu Kuala Kangsar.                              
 
 

 

kanaga, (2018-04-02 20:46)
terima kasih kerana membantu.sangat bersyukur  

 
diniahza, (2017-02-04 02:35)
this one is sooooooooo helpful sbb yg lain semua panjang sngt hehe. 1m1k done!
 
blqs, (2017-01-31 22:35)
terima kasih kerana dpt bntu saya menyiapkan karangn ini
 
Commenter, (2016-09-02 02:53)
Terima kasih.tetrapi ppanjang sangat!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!  
 
 
 
Susah nak salin.
 
Submit a comment:

Name