Welcome!

Contoh Karangan UPSR: “Kelemahan Sesetengah Pelajar Melayu dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu Berpunca daripada Sikap Tidak Bersungguh-sungguh untuk Mempelajari Bahasa Melayu”, by yamuna
Contoh Karangan UPSR
Name:Kuala Lumpur yamuna
Title:“Kelemahan Sesetengah Pelajar Melayu dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu Berpunca daripada Sikap Tidak Bersungguh-sungguh untuk Mempelajari Bahasa Melayu”
2014-09-06 01:55
     Apabila sesuatu keputusan peperiksaan diumumkan, pelbagai analisis dibuat untuk mengkaji prestasi para pelajar.Salah satu hasil analisis yang pernah kita baca ialah merosotnya pencapaian pelajar Melayu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.Oleh sebab yang terlibat ialah pelajar-pelajar Melayu yang bahasa ibundanya bahasa Melayu, maka pelbagai rumusan dibuat.Salah satu rumusan itu ialah sikap tidak bersungguh-sungguh para pelajar Melayu sendiri untuk mempelajari bahasa Melayu.Adakah benar rumusan itu?Jika benar, mengapakah hal ini terjadi?  
 
    Sesetengah pelajar Melayu tidak mengambil berat terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu.Hal ini demikian kerana mereka menganggap bahawa mereka sudah mahir berbahasa Melayu.Ketika mata pelajaran Bahasa Melayu diajarkan di dalam kelas, maka pelajar-pelajar Melayu tersebut tidak menumpukan perhatian yang sepenuhnya.  
 
    Ketika mengulang kaji pelajaran untuk menghadapi peperiksaan pula, mata-mata pelajaran lain seperti Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Geografi, Sejarah, dan sebagainya diberi tumpuan yang lebih banyak jika dibandingkan dengan mata pelajaran Bahasa Melayu.Hal ini berlaku kerana mata pelajaran Bahasa Melayu dianggap oleh pelajar-pelajar lebih mudah.Pada saat terakhir barulah mata pelajaran Bahasa Melayu hendak diulang kaji.Sebagai akibatnya mata pelajaran Bahasa Melayu tidak dapat diulang kaji secara menyeluruh.Oleh hal yang demikian,pelajar-pelajar Melayu itu gagal menjawab soalan-soalan peperiksaan yang dikemukakan itu dengan baik.  
 
    Ada juga yang jarang-jarang atau tidak merujuk kepada kamus apabila menemukan kata-kata baru atau kata-kata yang sukar.Biasanya, mereka lebih gemar mengagak-agak maknanya atau ejaannya dan terus menggunakannya dalam ayat.Sebagai akibatnya, pelbagai kesalahan dari segi penggunaan kata dan ejaan dapat ditemukan, baik dalam latihan yang dikerjakan mahupun dalam kertas jawapan peperiksaan.  
 
    Dalam pada itu, sebilangan pelajar Melayu didapati amt kurang membaca buku tentang tatabahasa Melayu.Mereka tidak berbuat demikian kerana yakin bahawa bahasa yang dituturkan oleh merekaitu sudah cukup baik dan bentuk bahasa Melayu yang digunakan dalam bahan bacaan yang selalu dibaca, misalnya surat khabar, majalah, cerpen, novel, dan sebagainya adalah betul.Biarpun mungkin bentuk bahasa yang digunakan itu salah, mereka tidak mengetahuinya.Sebagai akibatnya, bentuk bahasa yang salah dianggap sebagai betul.Bentuk bahasa yang salah inilah yang sering digunakan oleh mereka, baik dalam latihan atau dalam kertas jawapan peperiksaan.  

 

Submit a comment:

Name