Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Pentingnya Anak Anak Menghormati Ibu Bapa, by Nur Husnina
Contoh Karangan UPSR
Name:Johor Nur Husnina
Title:Pentingnya Anak Anak Menghormati Ibu Bapa
2014-09-05 21:59
Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Guru Besar, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, guru guru dan rakan rakan yang dikasihi sekalian. Selamat sejahtera saya ucapkan. Berdirinya saya disini adalah untuk menyanmpaikan sebuah syarahan yang bertajuk "Pentingnya anak anak menghormati ibu bapa."  
 
Hadirin sekalian,  
Ibu bapa memainkan peranan penting dalam jehidupan kita. Merekalah orang yang banyak berjasa kepada kita. Mereka mencurahkan kasih sayang sejak kita dalam kandungan lagi seperti menatang minyak dengan penuh. Oleh itu, kita haruslah menyayangi mereka dengan sepenuh hati merupakan salah satu cara kita menghorati fan membalas jasa jasa mereka.  
 
Seterusnya, sebagai anak anak kita perlu sedar pengorbanan ibu bapa. Ibu bapa banyak berkorban wang ringgit untuk menyara dan memenuhi keperluan kita. Namun, mereka sekali kali tidak pernah merungut tentang kos untuk membesarkan kita selama ini. Betapa zalimnya kita jika kita tidak menghargai jasa dan pengorbanan yang dicurahkan oleh mereka kepada kita.  
 
Hadirin sekalian,  
Di samping itu, kita haruslah membalas jasa mereka. Ibu bapa telah memberikan pendidikan agama, akhlak dah sahsiah masing masing kepada kita. Mereka juga menjalankan tanggungjawab mereka dengan memberikan kita pendidikan yang sempurna. Janganlah jagi seperti kacang lupakan kulit. Balaslah jasa mereka, apatah lagi apabila kita sudah berjaya menggapai cita cita.  
 
Selain itu, kita haruslah membantu ibu bapa meringankan beban. Sekiranya kita mempunyai masalah, mereka akan berusaha mencari jalan penyelesaiannaya. Kita boleh membantu ibu bapa dengan berdikari seperti mengemas tempat tidur, membasuh kasut, membasuh pinggan dah sebagainya. Sayangilah mereka kerana ibu bapa tiada galang gantinya di dunia ini.  
 
Oleh yang demikian, kita perlulah sentiasa menghormati ibu bapa. Sebagai anak, kita perlu mencari keberkatan di dunia dan akhirat. Semuanya dapat diperoleh apabila kita mendapat restu dariapa ibu bapa kita. Marilah kita bersama sama menghormati ibu bapa kita.  
 
Sekian, terima kasih.
 

Siti, (2015-04-19 14:25)
Kalau tajuk ni jadi pertandingan syarahan boleh ke tidak???
 
nithya, (2015-02-15 16:50)
Sangat. Back
 
Catherine Chong, (2014-12-30 17:34)
Thank you for helping me in my homework...
 
Perempuan, (2014-10-15 16:29)
Ada salah ejaan, dan juga kekurangan simpulan bahasa serta peribahasa..Harap anda dimaklumkan..Terima kasih
 
jean ping, (2014-09-22 22:49)
sangat bagus!  

 
farhan, (2014-09-05 22:41)
terbaik sekali  

 
Submit a comment:

Name