Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Melancong di dalam Negeri Lebih Baik daripada Melancong di luar Negeri, by NurulMiza Rasyidah
Contoh Karangan UPSR
Name:Sabah NurulMiza Rasyidah
Title:Melancong di dalam Negeri Lebih Baik daripada Melancong di luar Negeri
2014-09-05 02:24
    Negara kita terkenal dengan kecantikan alam semula jadi.Pelbagai tempat menarik yang dapat kita lawati di sini.  
    Keistimewaan negara kita menyebabkan para pelancong asing sanggup berbelanja besar untuk melancong ke sini.Mengapa pula kita harus melancong ke luar negeri?  
    Negara kita kaya juga dengan kebudayaannya.Hal ini demikian kerana penduduknya yang berbilang kaum.Dengan melancong di negara sendiri,kita bukan sahaja memperoleh pengetahuan tentang kebudayaan pelbagai kaum ini tetapi juga dapat mempereratkan perpaduan.  
    Pihak Kementerian Kebudayaan,Kesenian,dan Pelancongan turut mengadakan pelbagai aktiviti menarik untuk mengembangkan industri pelancongan.Oleh itu,kita haruslah menyokong segala usaha ini agar dapat membantu memajukan industri pelancongan.  
    Di samping itu,kita dapat mengurangkan pengaliran mata wang ke luar negara.Hal ini dapat mengukuhkan ekonomi negara.  
    Akhir kata,saya menegaskan bahawa melancong di dalam negeri lebih baik daripada melancong di luar negeri.Sekian,terima kasih.
 

Seorang Bijak Yang Rahsia, (2016-06-10 19:48)
Idea boleh diperbanyakkan..  

 
Seorang Bijak Yang Rahsia, (2016-06-10 15:38)
Idea boleh diperbanyakkan..  

 
siti nur jannah, (2014-09-05 17:05)
KARANGAN TEMASYA SUKAN
 
Submit a comment:

Name