Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Pentingnya Menjaga Kesihatan Diri, by Debora
Contoh Karangan UPSR
Name:Sabah Debora
Title:Pentingnya Menjaga Kesihatan Diri
2014-09-05 02:21
    Selamat pagi saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis,guru besar,guru-guru,rakan-rakan serta hadirin sekalian.Pada pagi ini, saya akan menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk "Pentingnya Menjaga Kesihatan Diri"  
 
    Seperti kita sedia maklum, kesihatan diri mempunyai banyak kepentingan.Kesihatan diri boleh membantu para pelajar untuk menjawap setiap soalan yang dikemukakan di sekolah.Ini boleh menjadikan para pelajar berjaya dalam pelajaran.  
 
    Selain itu,menjaga kesihatan diri boleh menjalinkan silaturahim antara jiran-jiran.Keadaan ini disebabkan minda kita sering berfikir secara positif.Apabila ini berlaku persengketaan antara jiran-jiran tidak akan berlaku.  
      
    Hadirin sekalian,  
    Jika kita menjaga kesihatan diri, contohnya tubuh badan, kita tidak lagi akan dihantar ke klinik atau hospitaluntuk mendapat rawatan.Lantaran itu,kita tidak akan berasa rugi kerana tiada wang yang dikeluarkan untuk membayar ubat-ubatan.  
 
    Di samping itu, pentingnya kesihatan diri adalah kita selalu kelihatan gembira kerana semua pemikiran kita yang tidak baik dihapuskan.Oleh itu,kerja seharian dapat dilaksanakan dengan baik dan tepat.  
 
    Sebelum saya mengundurkan diri,sekali lagi saya ingin tegaskan bahawa kesihatan diri amat penting bagi setiap manusia.Justeru itu,jagalah kesihatan walaupun di mana-mana sahaja terutamanya bagi para pelajar di sekolah.  
    Sekian dan terima kasih.
 

Submit a comment:

Name