Welcome!

Contoh Karangan UPSR: tersesat di hutan, by muhamad rashidi
Contoh Karangan UPSR
Name:Sabah muhamad rashidi
Title:tersesat di hutan
2014-09-05 01:57
Pada hari Sabtu lalu,aku dan kawan-kawanku berkhemah di Hutan Simpan Madai.Kami membawa peralatan masing-masing.Semasa di dalam hutan yang sunyi tersebut,aku dan kawan-kawan terdengar pelbagai bunyi seperti burung hantu,katak dan sebagainya.  
Keesokan harinya,aku dan kawan-kawan pergi masuk ke dalam hutan untuk melihat keindahan alam sekitar.Hari semakin petang,aku dan kawan-kawan terus masuk ke dalam hutan tanpa menghiraukan keselamatan.  
Tiba-tiba,aku dan kawan-kawan terdengar bunyi seekor harimau.Aku dan kawan-kawan berlari dalam keadaan lintang-pukang.Dari itulah,aku dan kawan-kawan telah menyedari bahawa aku dan kawan-kawan telah sesat.  
Aku dan kawan-kawan menjerit meminta tolong.Hari menjelang malam,aku dan kawan-kawan ketakutan dan kesejukan.Tanpa disedari,terdapat sebuah kompas di dalam poketku.Aku dan kawan-kawan gembira lalu mencari jalan pulang.Aku dan kawan-kawan mengemas barang masing-masing alu bergegas pulang.  
Semasa di rumah,aku menceritakan pengalaman tersebut kepada ibubapaku.Mereka ketawa terbahak-bahak tentang ceritaku itu.Bagiku,itu ialah pengalaman yang tak dapat kulupakan.
 

nur faatihah, (2014-09-08 19:38)
ketawa terbahak bahak tu mcm x blh guna lahhh...
 
nur faatihah, (2014-09-08 19:37)
ketawa terbahak bahak tu mcm x blh guna lahhh...
 
Submit a comment:

Name