Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Berakit-rakit ke hulu. berenang-renang ke tepian. Bersakit-sakit dahulu. bersenang-senang kemudian., by yamuna
Contoh Karangan UPSR
Name:Kuala Lumpur yamuna
Title:Berakit-rakit ke hulu. berenang-renang ke tepian. Bersakit-sakit dahulu. bersenang-senang kemudian.
2014-09-05 01:36
 
Berakit-rakit ke hulu.  
berenang-renang ke tepian.  
Bersakit-sakit dahulu.  
bersenang-senang kemudian.  
 
Puisi dalam bentuk pantun ini sekali lagi menarik perhatian saya untuk menulis mengenainya sekadar meluahkan kefahaman saya berkaitan kualiti pantun dan nasihat yang terkandung di dalamnya. Sekiranya anda mempunyai pandangan lain mengenainya atau ingin menambahkan kekurangan, anda dialu-alukan membuat ulasan di ruangan yang disediakan sebagai pandangan kedua.  
Pantun ini tergolong di dalam golongan pantun yang terbaik, ianya sangat cantik dan indah, setiap baris mengandungi 8 sukukata, perkataan pertama memppunyai rentak yang sangat menarik sebagai contoh, berakit, bersakit, berenang, bersenang, perkataan kedua rakit,sakit, renang, senang. manakala perkataan ketiga hulu, dahulu, tepian, kemudian. sifat-sifat inilah menarik perhatian dan menyebabkan saya rasa kagum terhadap penggubahnya yang begitu kreatif dan berbakat seni yang amat tinggi dan patut dipuji.  
 
Berbalik kepada maksud yang tersirat dan tersurat di dalam pantun ini kita dapati pantun ini adalah pantun nasihat iaitu supaya kita sanggup bersusah payah terlebih dahulu melalui ungkapannya bersakit-sakit dahulu, sakit bermakna susah dan payah atau kesusahan dan kepayahan, kemudian diikuti bersenang-senang kemudian, maksudnya setelah berusaha bersungguh dan melalui kesusahan dan kepayahan, akhirnya usaha tersebut berjaya mencapai atau mengutip hasilnya, setelah berjaya mencapai hasilnya barulah kesenangan pun dapat dikecapi dan dinikmati.  
 
Demikianlah nasihat yang berhikmah dan berhemah tinggi yang disampaikan oleh penggubah puisi ini kepada anak bangsanya .  
 
Pengajaran yang boleh dipetik daripada pantun ini adalah seperti yang diungkapkan di bawah ini:  
Untuk mencapai sesuatu kejayaan kita hendaklah sanggup bersusah payah terlebih dahulu kerana akhirnya insya Allah akan berjaya jua.  

 

, (2015-08-10 17:04)
tambah sedikit lagi ....
 
Submit a comment:

Name