Welcome!

Contoh Karangan UPSR: aktiviti gotong-royong, by foo zhi lin
Contoh Karangan UPSR
Name:Kedah foo zhi lin
Title:aktiviti gotong-royong
2014-09-04 19:55
Pada hari Ahad yang lalu,sekolah saya telah mengadakan aktiviti gotong-royong.Tujuan aktiviti gotong-royong diadakan adalah untuk membersihkan kawasan sekolah.  
 
Pada pagi itu,warga sekolah berkumpul di padang.Guru Besar memberi ucapan.Beliau berharap warga sekolah bekerjasama menjayakan aktiviti ini.Selepas itu,warga sekolah dibahagi kepada tiga kumpulan,iaitu kumpulan A,kumpulan B dan kumpulanC.  
 
Kumpulan A ditugaskan untuk membersihkan bilik darjah.Misalnya,menyapu lantai,mengelap tingkap,memasang langsir dan lain-lain.Mereka juga menghiaskan meja guru dengan alas meja dan sejambangan bunga.Bilik darjah telah menjadi bersih dan ceria.  
 
Kumpulan B membersihkan longkang yang tersumbat supaya nyamuk aedes tidak membiak.Mereka juga memotong lalang di tepi pagar sekolah menggunakan parang yang tajam.Lalang itu telah kelihatan kemas.  
 
Kumpulan C telah menanam pokok bunga yang dibawa oleh warga sekolah.Pokok-pokok bunga telah ditanam mengikut susunan.Mereka juga mengecat dinding yang pudar dan melukis slogan pada dinding itu.  
 
Pada pukul 12.00 tengah hari,aktiviti gotong-royong pun tamat.Pihak sekolah telah menjemput warga sekolah menjamu selera di kantin sekolah.
 

Submit a comment:

Name