Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Berani , by yamuna
Contoh Karangan UPSR
Name:Kuala Lumpur yamuna
Title:Berani
2014-09-04 02:06
Pada waktu rehat, tiba-tiba sahaja perutku terasa sakit lalu aku pun segara menuju ke tandas. Sewaktu perjalanan ke situ, aku ternampak beberapa orang murid sedang menconteng dinding sekolah.  
 
Aku menghampiri mereka untuk menghalang mereka daripada terus melakukan perbuatan itu. Rupa-rupanya mereka ialah rakan sekelasku iaitu Aizat, Farid dan Azwan. Aku terus menegur dan menasihati mereka supaya segera menghentikan perbuatan tersebut. Ini menyebabkan mereka marah lalu tanpaku duga Aizat cuba menumbukku. Mujurlah aku sempat mengelak. Kemudian, mereka memberi amaran, jika aku tidak mahu diapa-apakan, aku mestilah merahsiakan kegiatan mereka.  
 
Selepas itu, aku pun terus beredar menuju ke tandas. Selepas ke tandas, aku segera mencari guru disiplin iaitu Cikgu Nadirah. Amaran mereka tidak aku endahkan kerana aku tidak mahu kegiatan sebegitu terus berlarutan. Sejurus kemudian, Cikgu Nadirah memanggil mereka ke pejabat dan mereka kelihatan amat takut.  
 
Di pejabat, Cikgu Nadirah menasihati mereka supaya tidak melakukan perbuatan jahat itu lagi jika tidak mahu dikenakan tindakan yang lebih tegas. Mereka juga dikehendaki memadamkan semula contengan di dinding sekolah. Nasihat Cikgu Nadirah telah menyebabkan mereka insaf.  
 
Beberapa hari kemudian, Azwan, Aizat dan Farid datang untuk meminta maaf kepadaku. Semenjak hari itu mereka menjadi kawan karibku.
 

iecha, (2014-09-05 01:09)
itu jerrr????
 
Submit a comment:

Name