Welcome!

Contoh Karangan UPSR: SAMBUTAN HARI GURU, by yamuna
Contoh Karangan UPSR
Name:Kuala Lumpur yamuna
Title:SAMBUTAN HARI GURU
2014-09-03 02:32
Sejak awal pagi, semua murid, guru    dan ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru telah berkumpul di dewan sekolah. Dewan sekolah telah dihias dengan    bunga dan belon-belon yang cantik. Kain rentang yang digantung    menghiasi dewan dengan kata penghargaan untuk    warga pendidik.Para hadirin mengambil tempat duduk masing-masing di dalam dewan sebelum majlis bermula.  
 
Majlis bermula tepat pada pukul 8.00 pagi dengan bacaan doa. Selepas itu, juruacara menjemput    ketua murid,wakil guru,YDP PIBG    untuk menyampaikan ucapan.Ucapan diakhiri oleh    Guru Besar ,Tuan Haji Dagang bin Hamzah    seterusnya merasmikan sambutan Hari Guru pada hari itu.  
 
Setelah acara dewan,aktiviti diteruskan dengan acara sukaneka dan permainan     yang melibatkan guru,murid dan ibu bapa.Acara yang dipertandingkan ialah isi air dalam botol,lempar gelung rotan, tarik tali,menjaring bola,bola jaring dan bola sepak.Permainan berlangsung dengan meriah    sekali.  
 
Seterusnya, persembahan koir, nyanyian , tarian dan deklamasi sajak    yang dipersembahkan oleh murid-murid dijalankan sebaik waktu rehat tamat. Para tetamu terhibur dengan persembahan yang menarik ini.    Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah kepada pemenang dalam acara sukaneka dan permainan. Di samping itu, sijil juga disampaikan kepada guru cemerlang. Wakil murid daripada setiap kelas juga memberi bunga kepada setiap guru sebagai tanda penghargaan.  
 
Sebelum acara berakhir,semua murid mengambil peluang menyampaikan kad ucapan,cenderahati kepada para    guru sebagai    penghargaan dan ucapan terima kasih mereka.Selepas itu,semua hadirin dijemput untuk menikmati jamuan    yang telah    disediakan oleh pihak    sekolah dan ibu bapa. Semua makanan yang disediakan sedap-sedap belaka.  
 
Menjelang pukul 2.00 petang, majlis bersurai. Saya berasa penat tetapi gembira. Kita perlulah mengingati jasa guru dan membalas jasa guru.  
 
Ramai orang menanam padi,  
Padi ditanam     di dalam paya,  
Banyak budi perkara budi,  
Budimu guru dikenang    selamanya.
 

Submit a comment:

Name