Welcome!

Contoh Karangan UPSR: FAEDAH-FAEDAH MEMANFAATKAN PERPUSTAKAAN, by yamuna
Contoh Karangan UPSR
Name:Kuala Lumpur yamuna
Title: FAEDAH-FAEDAH MEMANFAATKAN PERPUSTAKAAN
2014-09-03 02:31
Semua sekolah    pasti ada    kemudahan perpustakaan. Perpustakaan    merupakan sebuah tempat    yang menempatkan    buku-buku dan menyediakan kemudahan    kepada    pelajar.  
 
Perpustakaan    merupakan gedung ilmu.Di perpustakaan terdapat banyak buku seperti buku cerita, novel, majalah, buku rencana ,buku-buku rujukan dan    lain-lain lagi. Dengan membaca, pengetahuan murid-murid semakin bertambah dan ini tentu membantu murid-murid dalam pelajaran.Membaca itu jambatan ilmu.  
 
Murid-murid dapat mengisi masa lapang dengan memanfaatkan perpustakaan. Mereka yang selalu ke perpustakaan akan terhindar    daripada bergaul dengan kacang hantu dan    gejala yang tidak sihat seperti melepak, bermain-main    dan membuang masa.Contohnya,pada masa rehat,murid dapat ke perpustakaan apabila selesai makan.Masa terluang tersebut dapat murid isi dengan membaca buku atau surat khabar    sementara menunggu    waktu pembelajaran seterusnya.  
 
Selain itu, perpustakaan adalah tempat membentuk disiplin diri. Perpustakaan mempunyai peraturan-peraturan yang mesti dipatuhi seperti larangan berbuat bising, memulangkan buku mengikut tarikh, menyusun semula buku di raknya dan seumpamanya lagi. Justeru, murid-murid dapat berlatih mendisplinkan diri di perpustakaan dan ini diharap akan menjadi amalan dalam kehidupan mereka.  
 
Selain membaca buku,murid-murid juga dapat meminjam buku –buku seperti buku cerita atau buku rujukan.Buku-buku yang dipinjam boleh dibaca dirumah    pada masa lapang    atau    sebagai bahan rujukan    untuk belajar.Jadi , tidak perlu membeli semua buku kerana sesetengah buku boleh dipinjam di perpustakaan. Ini tentu dapat menjimatkan wang ibu bapa murid-murid.Wang yang diperuntukkan untuk membeli buku-buku tersebut dapat digunakan untuk membeli keperluan sekolah yang lain.  
 
Di perpustakaan juga,murid dapat belajar,membuat    rujukan     dan membuat ulangkaji dengan lebih tenang dan seronok .Ini kerana,di perpustakaan terdapat peraturan-peraturan seperti dilarang berbuat bising,menjaga disiplin    semasa di situ.Terdapat sudut perbincangan ,sudut melayari internet dan sebagainya.Murid juga dapat merujuk guru    atau petugas    di perpustakaan jika    perlukan bimbingan.  
 
Kesimpulannya, perpustakaan mempunyai banyak faedahnya. Oleh itu, menfaatkanlah perpustakaan yang disediakan demi kemajuan kita dalam pelajaran.  
 

 

Submit a comment:

Name