Welcome!

Contoh Karangan UPSR: LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR kE PAMERAN BUKU, by yamuna
Contoh Karangan UPSR
Name:Kuala Lumpur yamuna
Title: LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR kE PAMERAN BUKU
2014-09-03 02:26
Pada hari Sabtu 29 Februari 2013 yang lalu, Persatuan Bahasa Malaysia, Sekolah Kebangsaan Sri Mawar, Kuala Terengganu    telah mengadakan lawatan sambil belajar ke pameran buku, di Dewan Pusat Dagangan Terengganu. Lawatan ini disertai oleh 30 orang ahli persatuan dan dua orang guru penasihat.  
 
Tujuan utama    lawatan ini diadakan    adalah untuk melihat dan memilih    buku-buku bermutu yang sesuai dibeli oleh murid.Selain    itu murid juga dapat menambah pengalaman semasa mengikuti    lawatan sambil belajar.Di samping itu juga,murid berpeluang membeli buku-buku dengan harga promosi.  
 
 
Kami berangkat dengan menaiki bas dari sekolah pada pukul 8 pagi dan    tiba di Dewan Pusat Dagangan Terengganu    setengah jam kemudian. Tempat pertama yang menjadi destinasi kami adalah sudut pameran buku terbaharu. Semasa berada di bahagian ini, kami berpeluang melihat berbagai-bagai jenis buku yang dikeluarkan oleh DBP dan syarikat penerbitan buku yang lain.  
 
Selepas itu, kami menuju ke setiap gerai buku yang disediakan.Di situ terdapat penerbit yang mempamerkan dan mempromosikan buku daripada syarikat masing-masing.Kami meluangkan masa untuk melihat dan membelek-belek buku yang dipamerkan di setiap gerai.Selain gerai buku,terdapat juga gerai menjual makanan dan minuman    serta cendarahati.Kami sempat membeli buku-buku rujukan    dan latihan serta cenderamata untuk ahli keluarga.  
 
Pada pagi tu,kami juga berpeluang menyertai pertandingan kuiz    yang dianjurkan oleh pihak penganjur.Saya dan beberapa orang kawan saya telah memenangi hadiah yang ditawarkan .Kami sangat gembira.Suasana di pameran buku sangat meriah .Selain kami,ramai pelajar dari sekolah lain juga turut ke pameran tersebut.  
 
 
Sesungguhnya pameran buku kali ini amat berbeza dengan pameran buku yang pernah dianjurkan sebelum ini..Pameran kali ini lebih meriah dan lebih banyak buku yang dipamerkan.Oleh itu lawatan ini memberi pengetahuan dan dapat menambahkan pengalaman kepada semua ahli.    Harapan kami agar lebih ramai murid di sekolah ini akan menyertai lawatan sambil belajar pada masa depan.  
 
 
 
Laporan disediakan oleh,                                                                             2    Mac 2012.  
 
 
 
………………………………  
(MUQRI MUHAIMIN MAZRI)  
Setiausaha, Persatuan Bahasa Malaysia,  
Sekolah Kebangsaan Sri Mawar.  
 

 

[][], (2015-02-02 01:39)
Bagus...untuk meningkatkan pelajaran disamping belajar di sekolah sahaja .Hanya mengharapkan guru-guru ...sebaliknya berusalah ...dan membuat selalu latih tubi;
 
Submit a comment:

Name