Welcome!

Contoh Karangan UPSR: CARA-CARA MEMBALAS JASA GURU, by yamuna
Contoh Karangan UPSR
Name:Kuala Lumpur yamuna
Title:CARA-CARA MEMBALAS JASA GURU
2014-09-03 02:25
Guru ialah insan yang mengajar kita    mengenal huruf,membaca, menulis dan mengira. Ilmu yang diberikan tidak terbatas dalam bidang pendidikan sahaja, malahan merangkumi keperibadian seseorang. Justeru itu sewajarnyalah sebagai manusia    perlu    mengenang budi dan menghargai    jasa mereka .  
 
                        Cara terbaik untuk membalas jasa dan pengorbanan guru adalah dengan belajar bersungguh-sungguh. Di sekolah, kita hendaklah tekun mendengar ajaran guru dan janganlah mengamalkan sikap acuh tak acuh semasa proses pengajaran sedang dijalankan. sikap sebegini menyebabkan kita juga yang mengalami kerugian.Tumpuan kepada pengajaran guru menunjukkan rasa hormat dan membantu kita memahami dengan jelas apa yang diajar.  
 
                        Selain itu, kita perlu menghormati mereka seperti kita menghormati ibu bapa kita. Apabila berbicara dengan mereka, gunakanlah kata-kata yang manis dan penuh budi bahasa. Janganlah bersikap berat tulang untuk menawarkan bantuan kepada mereka seperti mengangkat buku    atau    membersihkan kelas.  
 
                        Apabila sudah berjaya, jangan sesekali melupakan jasa guru kita. Jangan jadi seperti kacang lupakan kulit.Jika ada kesempatan, kirimkanlah kad kepada mereka terutamanya pada Hari Guru. Malahan jika berpeluang kunjungilah mereka untuk bertanyakan khabar.  
 
                        Akhir sekali, hadiah paling bermakna bagi membalas jasa guru ialah dengan menjadi murid yang berjaya dan cemerlang dalam bidang akademik serta menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.Guru pasti banggga jika anak didiknya menjadi insan berguna.
 

Submit a comment:

Name