Welcome!

Contoh Karangan UPSR: FAEDAH MEMPUNYAI RAMAI RAKAN , by yamuna
Contoh Karangan UPSR
Name:Kuala Lumpur yamuna
Title:FAEDAH MEMPUNYAI RAMAI RAKAN
2014-09-03 02:24
berkasih biar satu, berkawan biar seribu”. ini jelas menunjukkan bahawa kita digalakkan berkawan dengan seberapa    ramai    yang mungkin. Apabila kita mempunyai ramai    kawan, hidup kita tidaklah menjadi seperti katak di bawah tempurung atau sebatang kara..Orang yang tidak mempunyai ramai kawan atau tidak suka berkawan, mereka akan dikatakan sebagai kera sumbang. Sebenarnya, banyak faedah yang akan kita peroleh jika kita mempunyai ramai kawan  
 
Kita akan mendapat pelbagai maklumat. Jika kita akan menghadapi peperiksaan, kita boleh bertukar-tukar maklumat tentang mata pelajaran yang kita pelajari. Sebagai contohnya, kita boleh bertukar-tukar    nota,kertas soalan peperiksaan percubaan atau soalan peperiksaan ujian bulanan .Melalui cara ini, maklumat yang akan kita peroleh bertambah .  
 
Bukan itu sahaja, kita dapat teman untuk belajar dan mengulangkaji pelajaran. Sesungguhnya, pembelajaran secara kumpulan membolehkan kita belajar dengan lebih baik.Kita tidak cepat bosan.Kita juga dapat saling membantu dalam pelajaran. Contohnya, jika kita mengetahui tentang tajuk yang dibincangkan kita dapat membantu rakan. Sebaliknya, jika kita kurang memahami sesuatu tajuk pelajaran rakan kita yang mahir dapat membantu kita.  
 
kita    juga dapat teman untuk berbual.Kita berbual tentang pelbagai perkara yang berlaku di sekeliling kita.Dengan berbual kita dapat membuang rasa bosan dan sunyi.Selain itu,perbualan dengan rakan juga membolehkan kita menambahkan pengetahuan    dan berita atau maklumat    tentang sesuatu perkara.  
 
Selain itu,kita juga perlukan kawan untuk bermain atau beriadah bersama..Biasanya pada waktu petang,kita akan mencari kawan untuk bermain bersama-sama kita seperti bermain bola sepak,congkak,badminton,berjoging dan sebagainya.Di samping menyihatkan badan kita,hubungan dengan rakan kita makin erat.  
 
 

 

hamba allah, (2018-06-25 02:21)
this is a good essay
 
pika, (2018-01-29 15:34)
Thanks karangan yg baik
 
orang, (2016-09-04 18:19)
bodo ke karangan ape yg ko wt ni
 
Submit a comment:

Name