Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Kepentingan Semangat Kejiranan , by yamuna
Contoh Karangan UPSR
Name:Kuala Lumpur yamuna
Title:Kepentingan Semangat Kejiranan
2014-09-02 02:04
No.17,    Taman Permai Indah,  
Jalan Sentosa,75460, Melaka.  
                                                                                                                                                                        16 Januari 20  
Saudara Fazim,  
                                Sebagai memulakan bicara dalam lembaran kali ini, saya berharap agar saudara Fazim berada dalam keadaan sihat di samping keluarga tercinta. Saya dan keluarga di Malaysia berada dalam keadaan sihat sejahtera .  
     Tujuan saya menulis dalam lembaran kali ini ialah untuk membalas pertanyaan saudara kepada saya berkenaan semangat kejiranan yang diamalkan dalam kalangan masyarakat konvensional    di Malaysia. Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini saudara, terdapat lakaran suram yang menyelubungi rakyat Malaysia bahawa ada yang berpandangan semangat kejiranan dan altruisme dalam kalangan masyarakat Malaysia semakin sirna ibarat hidup segan mati tak mahu. Hal ini wujud akibat daripada masyarakat kini lebih cenderung kepada sifat nafsi ataupun individualistik dan bersilengah.    Paradigma ini sering menjadi polemik utama dan meniti dari bibir ke bibir rakyat.    Untuk memperkasakan pemikiran saudara berkenaan semangat kejiranan ini, menurut Kamus Dewan Edisi Keempat jiran boleh ditakrifkan sebagai orang yang tinggal berhampiran dengan rumah seseorang . Manakala pendefinisian secara konseptual pula semangat kejiranan merujuk semangat membantu masyarakat setempat terutama jiran bersebelahan dalam kehidupan harian mereka.  
Saudara Fazim,  

 

Submit a comment:

Name