Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Kepentingan Perpaduan Kaum, by yamuna
Contoh Karangan UPSR
Name:Kuala Lumpur yamuna
Title:Kepentingan Perpaduan Kaum
2014-09-02 01:33
Umum mengetahui bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang unit lantaran rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum. Ramai penduduk dunia tertanya-tanya apakah formula ampuh yang telah digunakan oleh pemimpin-pemimpin berwibawa di Malaysia sehingga rakyatnya dapat hidup bersatu-padu dan aman damai tanpa sebarang pertelingkahan. Namum, persoalan sedemikian hanya dapat dijawab apabila semangat perpaduan itu tersemat di dalam diri setiap anak watan yang akan mewarisi tampuk pentadbiran Malaysia. Tambah pula, aspek perpaduan telah dianggap sebagai tulang belakang kepada kegemilangan Malaysia. Oleh sebab itu, setiap rakyat Malaysia perlu sedar akan kepentingan perpaduan kaum kerana aspek perpaduan ini memberi impak yang besar kepada seluruh rakyat Malaysia.  
 
Dalam hal ini, perpaduan kaum amat penting untuk mengekalkan kestabilan politik. Kestabilan politik dalam setiap jabatan amat    perlu bagi menjamin keutuhan struktur pentadbiran Malaysia. Fungsi pentadbiran Negara pula perlu dilaksanakan secara sistematik kerana banyak negara luar yang gemar berurusan dengan pemimpin Malaysia. Impak positif yang berlaku ialah Negara Malaysia dapat melebarkan ruang lingkup jalinan persahabatan dan perdagangan bagi mencakupi arena global. Umpamanya, kestabilan politik di Johor telah memberi keyakinan kepada pelabur-pelabur asing untuk melabur di Malaysia bagi membangunkan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI). Oleh itu, perpaduan kaum yang telah menyumbang ke arah kestabilan politik memberi pulangan yang lumayan kepada Malaysia bak kata pepatah Melayu’ pucuk dicta, ulam mendatang’ kerana kedua-duanya memberikan faedah kepada Malaysia.  
 
Seperkara lagi, perpaduan kaum dapat menjamin Negara Malaysia. Amnya mengetahui bahawa Malaysia terdiri    daripada berbilang bangsa di mana majoriti rakyatnya terdiri daripada bangsa Melayu, Cina dan India yang mempunyai pelbagai adat resam, agama dan kepercayaan sejak lima dekad yang lalu. Pemimpin-pemimpin yang lalu seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock, Tun Sambathan serta ramai pemimpin berwibawa yang lain telah berunding dan bertolak ansur untuk mencapai perpaduan demi sebuah negara yang tercinta. Kini, sudah menjadi tanggungjawab kita untuk terus memelihara perpaduan yang telah kita warisi sejak zaman-berzaman lagi. Melalui perpaduan dan keharmonian, Malaysia telah mengorak langkah serta melalui satu fasa perubahan yang drastik sehingga kita standing dengan negara-negara maju yang lain dan dikagumi oleh seluruh pelusok dunia. Tambahan pula, ada segelintir pemimpin dunia yang menjadikan Malaysia sebagai suri teladan untuk membentuk perpaduan rakyat mereka seterusnya mencetuskan keharmonian negara,  
 
Dalam nada yang sama, perpaduan kaum amat penting bagi merapatkan jurang perbezaan ekonomi pelbagai kaum di Malaysia. Melalui penemuan satu formulasi ekonomi iaitu Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke- 2, Allahyarham Tun Abdul Razak pada tahun 1970, beliau berjaya merungakai satu masalah yang membelenggu rakyat Malaysia yang mana, pada masa itu satu kaum telah memusuhi kaum yang lain dalam peristiwa berdarah 13 Mei 1969.
 

Submit a comment:

Name