Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Peranan Pelbagai Pihak Dalam Memajukan Industri Pertanian Negara , by yamuna
Contoh Karangan UPSR
Name:Kuala Lumpur yamuna
Title: Peranan Pelbagai Pihak Dalam Memajukan Industri Pertanian Negara
2014-09-02 01:28
Pascakemerdekaan negara Malaysia menyaksikan pertumbuhan ekonomi yang rancak. Kemajuan yang dicapai oleh Malaysia begitu dikagumi oleh masyarakat antarabangsa kerana siapa sangka, negara cili padi ini mampu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara maju. Jika kita menelusuri liku-liku sejarah, pasti kita dapat menemui catatan tentang kegiatan pertanian yang dijalankan pada zaman nenek moyang kita. Industri pertanian bagaikan tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas kerana mampu bertahan untuk berabad- abad lamanya. Walaupun begitu, untuk memajukan lagi industri ini, pelbagai pihak perlulah memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing kerana kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Persoalannya, apakah peranan pelbagai pihak dalam memajukan industri pertanian negara kita?  
 
Peranan pusat-pusat penyelidikan dalam memajukan industri pertanian tidak dapat diperkecil. Penyelidikan terhadap tanaman wajar dilaksanakan untuk menghasilkan baka yang berkualiti . Baka yang dihasilkan ini mempunyai ketahanan terhadap serangan serangga perosak dan cepat tumbuh. Sebagai contohnya, benih padi seperti Bahagia dan Malinja yang dihasilkan oleh Institut Penyelidikan Pertanian Malaysia (MARDI) dapat mencapai kematangan dalam tempoh yang singkat. Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRIM) pula berjaya membiakbakakan Klon 600 yang bermutu tinggi. Minyak sawit yang tulen dan berkualiti merupakan hasil usaha Institut Penyelidikan Minyak Sawit Malaysia (PORIM). Selain itu, pihak penyelidik juga berjaya mencipta teknik pengklonan. Melalui cara ini, tanaman dapat dibiakkan dengan jumlah yang besar dalam masa yang singkat. Pusat-pusat penyelidikan di Malaysia juga harus mengadakan usaha sama dengan negara-negara jiran agar faedah yang diperoleh dapat dikongsi bersama. Sikap tolong-menolong bagaikan aur dengan tebing wajar dipraktikkan untuk mendapatkan baka yang terbaik. Malahan, saintis persendirian juga harus ditawarkan ganjaran yang lumayan oleh kerajaan jika berjaya menemukan cara penanaman tanaman yang paling berkesan. Tuntasnya, pusat-pusat penyelidikan harus bersikap seperti genggam bara api, biar sampai jadi arang dalam menemukan teknik mencipta klon yang bermutu.  
 
Di samping itu, kerajaan perlu mengambil langkah meningkatkan pendapatan para petani. Antara punca utama ramai belia dan beliawanis pada era moden ini tidak berminat menceburi industri ini adalah kerana mereka beranggapan bahawa sektor pertanian tidak menyajikan pulangan yang lumayan. Oleh sebab sesetengah tanaman seperti getah mengambil masa bertahun-tahun untuk membesar, hasilnya hanya dapat dinikmati setelah menanti dalam tempoh yang panjang. Penglibatan dalam sektor pertanian juga mewajibkan kegigihan dan komitmen secara berterusan untuk memelihara tanaman dengan baik. Justeru, untuk menarik minat muda-mudi menceburi bidang ini, langkah segera perlu diatur untuk meningkatkan pendapatan petani. Sebagai contohnya, para petani harus diberikan bantuan subsidi dan pelbagai insentif. RISDA memberikan pekebun-pekebun kecil getah bantuan teknikal dan khidmat nasihat tentang kaedah penanaman yang baik. Sementara, Bank Pertanian pula menawarkan pinjaman kewangan kepada golongan petani untuk mendapatkan modal asas. Industri pertanian yang baru berkembang harus dikecualikan daripada pembayaran cukai agar hasilnya dapat dinikmati sepenuhnya oleh pengusaha untuk beberapa tahun. Usaha memberikan pengiktirafan dalam
 

Submit a comment:

Name