Welcome!

Contoh Karangan UPSR: USAHA-USAHA MENANGANI GEJALA VANDALISME , by yamuna
Contoh Karangan UPSR
Name:Kuala Lumpur yamuna
Title: USAHA-USAHA MENANGANI GEJALA VANDALISME
2014-09-02 00:13
Sebenarnya, sebelum membincangkan peranan pihak lain, diri golongan remaja sendiri perlu diberi perhatian.    Hal ini demikian kerana, remaja sendiri dikurniakan akal fikiran untuk berfikir tentang baik buruknya seuatu perkara.    Usaha murni pelbagai pihak untuk memendung gejala vandalisme tidak akan memberi impak seperti yang diharap-harapkan jika golongan remaja sendiri tidak bersedia untuk membuat anjakan paradigma dan mengubah persepsi mereka terhadap kepentingan menghargai kemudahan awam.  
Sehubungan dengan itu, remaja perlu mempunyai sikap bertanggungjawab dan bersyukur terhadap kemudahan yang disediakan.      
 
    Memang tidak dapat disangkal lagi,    ibu bapa perlu memainkan peranan penting sebagai pihak yang paling hampir dengan remaja.    Didikan agama dan nilai moral yang sempurna haruslah ditanam dalam jiwa anak-anak mereka sejak kecil lagi, bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.    Didikan agama yang sempurna mampu menjadi tembok penghalang remaja daripada melibatkan diri dalam gejala vandalisme.    Hal ini demikian kerana, ajaran agama mementingkan kebaikan dan melarang melakukan perkara-perkara keburukan.     Sehubungan dengan itu,     ibu bapa perlu mendidik anak-anak mereka supaya menghargai harta benda yang ada di dalam rumah dan menghargai harta benda awam yang terdapat baik di kawasan tempat tinggal mereka mahupun di tempat lain.    Justeru, didikan sejak peringkat awal umpama sebutir benih yang ditanam, dibaja, dan disiram setiap hari, bakal tumbuh menjadi pokok yang subur dan menghijau.  
 
     Kesimpulannya, semua pihak perlu berganding bahu dan mengerah keringat serta bersama-sama melangkah sederap untuk memerangi gejala vandalisme ini.    Gejala ini jika dibiarkan mampu menjadi virus yang akan mencipta jenayah yang lebih besar.    Kerajaan bukan sahaja terpaksa menanggung kerugian malah imej negara di mata para pelancong asing turut tercalar. Justeru, langkah memerangi gejala vandalisme perlu dilakukan segera demi masa depan generasi muda dan seterusnya demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara. Marilah kita bertindak segera untuk ‘memerangi’ gejala ini jangan sudah terhantuk barulah nak terngadah’.  

 

Submit a comment:

Name