Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Pengalaman yang menyeramkan, by wawa
Contoh Karangan UPSR
Name:Kuala Lumpur wawa
Title:Pengalaman yang menyeramkan
2014-09-01 20:08
        Aku menyesal kerana tidak mendengar nasihat ibuku.Aku dan rakan-rakanku pergi ke padang untuk bermain bola sepak.Kami berkumpul di salah seorang rumah rakanku.Apabila kami sudah berkumpul,aku memulakan perjalanan.  
        Aku mengayuh basikal dengan laju.Ibuku sudah menasihatiku supaya mengayuh basikal dengan perlahan.Aku tidak mengendahkan nasihat ibuku.Lalu,aku mengayuh laju lagi untuk mengejar rakanku yang dihadapan.  
        Tiba-tiba, sebuah kereta yang dipandu laju dari arah belakangku secara mengejut.Aku segera menoleh ke belakang,aku tidak sempat mengawal basikalku.Lalu kereta itu melanggarku dari arah belakang.Aku jatuh ke jalan,rakan-rakanku pergi ke arah ku untuk melihat keadaanku.  
         Ketika itu,aku dalam separuh sedar aku melihat tangan dan kakiku penuh berlumuran darah.Rakan-rakanku mengendongku ke tepi ,lalu meminta pertolongan .Seorang lelaki tua memberhentikan kereta di tepi untuk menolongku.  
         Apabila,aku tersedar dari pengsan aku terlihat ibuku dalam keadaan sedih.Aku berasa bersalah kerana akulah membuatkan ibuku sedih.Sejak itulah aku menyesal bahawa tidak mendengar nasihat ibuku.
 

Submit a comment:

Name