Welcome!

Contoh Karangan UPSR: “Kebaikan Pasar Malam, by yamuna
Contoh Karangan UPSR
Name:Kuala Lumpur yamuna
Title: “Kebaikan Pasar Malam
2014-09-01 19:25
Selain pasar    tani atau pasar minggu, satu lagi tempat yang sering menjadi tumpuan orang ramai ialah pasar malam. Pasar malam ini biasanya diadakan di kawasan-kawasan perumahan bermula dari pukul    5 petang hingga pukul 10 malam.      
Pasar malam yang diadakan di kawasan-kawasan perumahan ini banyak mendatangkan kebaikan kepada masyarakat setempat. Di pasar malam inilah penduduk setempat membeli barangan keperluan harian mereka. Pelbagai jenis barang ada dijual di pasar malam. Dengan adanya pasar malam ini, sedikit sebanyak dapat mengatasi masalah ketiadaan masa untuk ke pasar terutama bagi mereka yang bekerja pada sebelah siangnya.      
Selain itu, orang ramai dapat membeli barangan dengan harga yang murah sedikit berbanding dengan harga barangan di pasar-pasar biasa. Harga barang di pasar malam lebih murah kerana para peniaga di pasar malam tidak perlu membayar sewa kedai yang tinggi. Oleh itu, mereka mampu menjual barangan dengan harga yang agak murah. Keadaan ini menguntungkan penduduk setempat.      
Di pasar malam, penduduk setempat dapat membeli barangan seperti ikan, sayur-sayuran , buah-buahan yang masih segar serta pelbagai jenis makanan. Orang ramai berpeluang untuk membeli barangan yang baik dan bermutu.      
Kesimpulannya, pasar malam yang diadakan di kawasan-kawasan perumahan ini banyak mendatangkan manfaat kepada orang ramai terutamanya kepada masyarakat setempat.            
 

Submit a comment:

Name