Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Aku Sepasang Baju Kurung, by yamuna
Contoh Karangan UPSR
Name:Kuala Lumpur yamuna
Title:Aku Sepasang Baju Kurung
2014-09-01 19:17
 
         Aku ialah sepasang    . baju kurung . Badanku bewarna biru berbunga putih amat menawan . Aku dibuat di sebuah kilang pakaian di Shah Alam , Selangor .  
 
         Pada suatu hari , aku dan kawan-kawanku dihantar ke sebuah butik pakaian di Kuala Lumpur . Kami digantung di rak kaca butik itu . Kami digantung supaya dapat dilihat oleh orang ramai yang lalu lalang di situ . Pada badan kami diletakkan tanda harga .  
 
         Pada suatu hari , seorang wanita datang mengunjungi butik tersebut . Dia memegang dan membelek-belek kami sambil melihat tanda harga di badan kami . Aku terpesona memandang wajahnya yang cantik itu . Akhirnya , dia membeliku dengan harga RM99.99 . Aku berasa sungguh gembira kerana memilihku dan memepunyai seorang tuan yang cantik .  
 
         Aku dibawa pulang dan disangkutkan ke dalam almari pakaiannya bersama dengan baju baju yang lain . Pada keesokannya aku dipakai olehnya ke tempat kerja . Rupa-rupa dia seorang guru . Rakan-rakannya asyik memuji kecantikan aku . Aku berasa sungguh bangga dengan kecantikan diriku itu .  
 
         Sejak hari itu aku sering dipakai olehnya kerana aku adalah warna kegemarannya . Beberapa bulan kemudian warnaku semain pudar . Kepudaran warnaku    itumenyebabkan dia jarang memakaiku lagi . Kini , tuan aku telah membeli baju lain yang lebih cantik . Aku berasa amat sedih . Aku telah dipilih dan dimasukkan ke dalam almari .  
 
         Pada suatu hari , aku dan rakan-rakan yang senasib denganku telah dimasukkan ke dalam sebuah kotak . Kami dihadiahkan kepada mangsa banjir di Kota Tinggi , Johor . Aku amat bersyukur kerana aku mendapat tuan baru lagi dan aku terus dipakainya olehnya    walaupun warnaku sudah pudar .
 

slug, (2014-09-13 15:34)
 

 
Nur Nadiah, (2014-09-09 02:37)
Bagus!
 
Submit a comment:

Name