Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Kreativiti Menggubah Makanan Untuk Anak Anda , by yamuna
Contoh Karangan UPSR
Name:Kuala Lumpur yamuna
Title:Kreativiti Menggubah Makanan Untuk Anak Anda
2014-09-01 02:05
Hari-hari pasti kita perlu makan, jika berpuasa pun...hanya disiang hari. Pastinya kita memerlukan makanan untuk hidup, bukan hidup untuk makan. Makanan memberi tenaga dan kekuatan untuk tubuh badan. Makanan berkhasiat amat penting disamping pengambilan yang sesuai di masa yang betul agar seimbang untuk memperoleh kesihatan yang baik.  
 
Kanak-kanak tidak seperti dulu yang memakan apa sahaja pemberian ibunya. Kanak-kanak sekarang begitu cerewet dalam memilih makanan. Kadangkala begitu susah untuk memujuk mereka untuk makan. Mereka lebih menggemari makanan ringan dan segera yang kurang berkhasiat.  
 
Iklan di media masa begitu memainkan peranan yang penting dalam meracuni pemikiran anak-anak dalam menarik minat mereka. Mereka begitu terpengaruh dengan makanan ringan dan segera yang kurang berkhasiat kerana pengiklanan yang menarik dan disertai pula dengan hadiah permainan percuma. Rasanya juga lebih sedap kerana penggunaan bahan perisa yang berlebihan.  
 
 
Apabila di rumah, anda begitu sukar untuk memujuk mereka untuk makan makanan yang berkhasiat. Adakah anda mengalami masalah ini? Anda tertekan? Relaks kan minda anda... Kita cuba kaedah menghias makanan agar kelihatan menarik, seumpama tarikan di dalam iklan. Dengan mereka pelbagai bentuk seperti watak-watak kartun kegemaran mereka, mungkin mampu menarik minat mereka untuk makan.  
 
Tidak salah untuk mencuba... Apa kata anda lihat beberapa kreativiti dalam menghias makanan yang mungkin ada diantaranya menarik minat anda untuk mencubanya untuk anak anda atau buat yang tersayang...hehe...  

 

Submit a comment:

Name