Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Aktiviti Badan Beruniform Serta Faedahnya , by yamuna
Contoh Karangan UPSR
Name:Kuala Lumpur yamuna
Title:Aktiviti Badan Beruniform Serta Faedahnya
2014-09-01 01:01
     Kementerian Pelajaran Malaysia telah mendominankan kokurikulum dalam sistem pendidikan nasional. Langkah ini secara eksplisit menerangkan kokurikulum sebagai simbolik kepada kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Oleh itu, badan-badan beruniform seperti Kadet Pertahanan Awam, Kadet Remaja Sekolah dan sebagainya mula dipromosikan dalam arus pendidikan negara.      
 
                 Faedah-faedah yang boleh didapati apabila para pelajar menyertai badan beruniform adalah dapat memapankan ketahanan diri. Dalam usia yang setahun jagung, banyak cabaran yang perlu ditongkah bahkan, formula ketahanan diri tersebut juga perlu diaplikasikan pada masa hadapan. Aktiviti-aktiviti lasak yang sudah termaktub dalam silabus badan beruniform seperti 'flying-fox', 'night-walk' dan seumpamanya merupakan pendekatan awal bagi membuka kotak penerimaan pelajar terhadap kepentingan hal ini.  
 
                    Di samping itu, penyertaan pelajar dalam unit beruniform berpotensi memangkinkan semangat kerjasama ibarat aur dan tebing dan pembentukan disiplin mereka. Hal ini dapat dibuktikan melalui penglibatan pelajar yang mendesak ketepatan masa yang tinggi seperti aktiviti kawad kaki. Aktiviti tersebut memerlukan gemblengan tenaga yang maksimum daripada ahli-ahli pasukan bagi menghasilkan formasi yang mantap. Oleh itu, para pelajar yang menyertai badan beruniform sering masyhur dengan ketepatan masa dan disiplin yang tinggi.  
 
                 Persis peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya, para pelajar juga akan diasuh tentang ilmu asas kecemasan. Perkara ini sangat berfaedah kerana apabila berlaku sebarang kecederaan, para pelajar boleh tampil menghulurkan bantuan. Tamsilnya, Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) merupakan unit utama di sekolah yang bertindak menyebarkan wadah kesihatan kepada ahli-ahlinya dan umum. Maka, tindakan ini dilihat sangat efektif demi memansuhkan kedaifan akal pelajar tentang ilmu kesihatan.  
 
                Akhirulkalam, semua pelajar wajib menyertai kegiatan kokurikulum untuk kemenjadian masa depan. Elakkan daripada tertumpu kepada kurikulum sahaja. Para pelajar perlu sedar    akan faedah yang terbentang justeru mereka harus mengikuti perkembangan sistem pendidikan untuk faedah diri sendiri.  
 
(254 patah perkataan)  
 
KOSA KATA  
 
1.        Mendominankan = memberi pengaruh kuat  
2.        Eksplisit = secara terang-terangan  
3.        Simbolik = perlambangan / sebagai simbolik  
4.        Memapankan = memantapkan / mengukuhkan  
5.        Ditongkah = ditempuhi  
6.        Diaplikasikan = digunakan  
7.        Silabus = sukatan pelajaran  
8.        Memangkinkan = meningktkan / menyemarakkan  
9.        Gemblengan = kesatuan  
10. Masyur = terkenal  
11. Tamsilnya = contohnya  
12. Wadah = medium / medan  
13. Efektif = berkesan  
14. Kedaifan akal = kedangkalan  
15. Akhirulkalam = penutup bicara  
16. Kemenjadian = hasil yang positif  
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest  
3 ulasan:  
 
        Encik Eman08 Februari, 2014 20:30  
 
        mohon halalkan sy copy untuk pelajar saya yer cikgu yang budiman...  
        Balas  
        Encik Eman08 Februari, 2014 20:33  
 
        ni emel sy eman_searching83@yahoo.com.my  
        Balas  
        Balasan  
                NORAZWIRA MOHD NAWI22 Mac, 2014 00:08  
 
                maafkan saya atas kesibukan hingga tidak sempat menge-melkan kepada anda. kini, anda sudah boleh "right click and copy" agar dapat dimanfaatkan. :)  
                Balas  
 
Muatkan lagi...  
 
Laman utama  
Langgan: Catatan (Atom)  
DEMI MASA  
MENCARI REDHA-NYA  
Foto Saya  
 
NORAZWIRA MOHD NAWI  
        "Hidup memerlukan suluhan pengorbanan untuk mengecapi gemerlap kejayaan dengan titipan doa yang penuh keikhlasan"  
 
Lihat profil lengkap saya  
JARINGAN SOSIAL  
SEKAPUR SIRIH  
 
        ▼    2013 (11)  
                ►    Oktober (1)  
                ►    Jun (1)  
                ►    Mei (2)  
                ►    Februari (2)  
                ▼    Januari (5)  
                        MASISUPA KALI KE-29; MTNP JUARA ZON 1  
                        RUJUKAN PENULISAN KARANGAN  
                        NOTA KOMSAS TINGKATAN 4 DAN 5  
                        KENALI KERTAS BAHASA MELAYU SPM (1103)  
                        أهلاً وسهلاً 2013  
 
        ►    2012 (2)  
 
PAUTAN  
BERSAMAKU  
Jumlah Paparan Halaman  
Sparkline 260476  
KONGSIKAN  
Dikuasakan oleh Blogger.  

 

1, (2015-11-05 01:21)
-1'
 
Submit a comment:

Name