Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Karangan UPSR : Faedah Mengikuti Aktiviti Pasukan Beruniform, by yamuna
Contoh Karangan UPSR
Name:Kuala Lumpur yamuna
Title:Karangan UPSR : Faedah Mengikuti Aktiviti Pasukan Beruniform
2014-09-01 00:51
                Kokurikulum berobjektif untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi fizikal serta mental. Terdapat pelbagai jenis aktiviti kokurikulum di sekolah, antaranya ialah pasukan unit beruniform sebagai contoh Pengakap, Pandu Puteri dan Bulan Sabit Merah Malaysia. Para pelajar seharusnya menyedari kepentingan serta faedah menyertai aktiviti pasukan beruniform.  
 
                         Di antara faedah menyertai aktiviti pasukan beruniform ialah kegiatan serta aktiviti yang diadakan dalam pasukan beruniform dapat memupuk sikap disiplin murid yang menyertai aktiviti tersebut. Hal ini demikian kerana apabila pelajar menyertai pasukan beruniform, pelajar tersebut perlulah mematuhi kepada peraturan serta arahan yang telah ditetapkan. Perkara ini akan dipraktikkan dan secara tidak langsung sikap tersebut akan kekal dalam diri pelajar.  
 
                     Kita juga dapat menimba ilmu pengetahuan apabila menyertai akitiviti pasukan beruniform. Pengetahuan terhadap sesuatu perkara yang dipelajari akan menjadikan pengetahuan tersebut lebih mendalam serta lebih meluas. Pegetahuan tersebut juga akan dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh, kita dapat mengetahui langkah-langkah yang berkesan untuk membantu oseseorang yang mengalami kecederaan. Apabila berlaku situasi begitu, kita akan cuba membantu mangsa tersebut.  
 
                    Selain itu, kegiatan dalam aktiviti pasukan beruniform dapat mengeratkan hubungan di antara para pelajar dengan guru. Hal ini demikian kerana lazimnya, pasukan beruniform sering mengadakan aktiviti seperti berkhemah, berkhelah serta ekspedisi di dalam hutan. Semangat kerjasama secara tidak langsung dapat dipupuk ibarat aur dengan tebing.Selain sikap kerjasama, sikap tabah, berani serta gigih juga dapat diterpkan.  
 
                 Menyertai aktiviti pasukan beruniform dapat mengelakkan kita daripada melakukan aktiviti yang tidak berfaedah. Kita dapat memanfaatkan masa dengan melakukan aktiviti yang telah ditetapkan oleh pasukan. Aktiviti ini sunguh bermanfaat. Kita juga dapat dihindari daripada terjebak dengan gejala sosial yang sering menjadikan kita walang.Sebagai contoh, kita dapat bergaul dengan rakan sebaya yang dapat memupuk nilai murni dalam diri.  
 
             Intihanya, sudah ternyata bahawa menyertai pasukan aktiviti beruniform dapat memberikan banyak faedah. Tidak ada pembaziran atau apa sahaja yang negatif akan berlaku apabila menyertai aktiviti pasukan beruniform. Ingat, usia yang muda hanyalah sekali dan manfaatkanlah ia sebaik mungkin.
 

Submit a comment:

Name